Tahukah anda?
Sat, 18 Aug 2007

Sedar tak sedar tinggal 13 hari lagi sebelum tanggal 31 Ogos 2007, di mana kita semua akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, adakah kita semua benarČ ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling atau sekadar buat tak tau aje?

Sebagai contoh, tahukah kita apakah tema untuk kemerdekaan yang ke-50 ni? Haaa! mungkin anda tau dan mungkin juga anda TIDAK tau.

Tema sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-50 2007 ialah Malaysiaku Gemilang.

Sempena ini juga, apa kata kita luangkan sedikit masa untuk mengimbas semula temaČ yang terdahulu di bawah ini.

Year
Theme
1970
Muhibah dan Perpaduan
(Love and Unity)
1971
Masyarakat Progresif
(Progressive Society)
1972
Masyarakat Adil
(Fair Society)
1973
Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
(A Society with Malaysian Culture)
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
(Science and Technology as Tools of Unity)
1975
Masyarakat Berdikari
(A Self-Reliant Society)
1976
Ketahanan Rakyat
(Strength of the People)
1977
Bersatu Maju
(United and Progresive)
1978
Kebudayaan Sendi Perpaduan
(Culture is the Core of Unity)
1979
Bersatu Berdisplin
(United and Disciplined)
1980
Berdisplin Berbakti
(Discipline and Service)
1981
Berdisplin Berharmoni
(Discipline and Harmony)
1982
Berdisplin Giat Maju
(Discipline Creates Progress)
1983
Bersama Ke Arah Kemajuan
(Together Towards Success)
1984
Amanah Asas Kejayaan
(Honesty Brings Success)
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
(Nationalism is the Core of Unity)
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
(Steadfast Society, Strong Country)
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
(Loyally United and Progressively Working)
1988
Bersatu
(Unity)
1989
Bersatu
(Unity)
1990
Berjaya
(Success)
1991
Wawasan 2020
(Vision 2020)
1992
Wawasan Asas Kemajuan
(Vision is the Basis of Progress)
1993
Bersatu Menuju Wawasan
(Together Towards Vision)
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
(Good Values Makes the Vision a Success)
1995
Jatidiri Pengerak Wawasan
(Steadfastness Moves the Vision Forward)
1996
Budaya Penentu Kecapaian
(Culture Determines Achievements )
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
(Good Values Make a Successful Society)
1998
Negara Kita, Tanggungjawab Kita
(Our Country, Our Responsibility)
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
(Together Towards the New Millenium)
2000-2006
Keranamu: MALAYSIA
(Because of you: MALAYSIA)
2007
Malaysiaku Gemilang
(My Glorious Malaysia)

Sumber: Wikipedia

View Archives | Back to Top