blog.ORELLEX is my official weblog, a place where I blog about everything and anything related to my daily life, activities, opinions, responses and events.I also share info with public about anything I like and I feel worth to be shared among us. Besides, I treat this as my “virtual” playground – to practice new concept/design and coding and to fulfill my free time as well.
B.L.O.G = Bacaan Lebih Orang Gemari?
Dewasa ini perkataan BLOG sering diperkatakan di sana-sini dengan pelbagai interpretasi dan persepsi. Bagi generasi muda, BLOG merupakan satu fenomena yang trendy dan terkini. Jika ditanya kepada mereka yang mempunyai blog sendiri apakah tujuan untuk mereka blog, pastinya jawapan yang diperolehi penuh dengan variasi dan kepelbagaian. Bersandarkan naluri yang suka kepada expressi diri, idea dan kreativiti, sudah pastinya BLOG sangat dekat dan menjadi ikutan generasi ini (walaupun tidak semuanya). Dalam ertikata lain BLOG adalah medium untuk berkongsi, mempromosi, expressi dan informasi. Ada juga yang menganggap sebagai diari peribadi maya (virtual personal diary). Bezanya dengan diari tradisional ialah, blog boleh dibaca oleh sesiapa yang boleh mengakses laman blog itu.
Hakikatnya, BLOG adalah satu trend yang berlaku di dunia siber yang mana boleh dan telah diadaptasi dengan keperluan semasa terutamanya dalam bidang IT, perniagaan, hiburan, sukan, informasi, politik dan sebagainya. Syarikat seperti Dell, Nike, Sony dan BMW (sekadar beberapa nama sahaja) turut menyediakan ruangan blog dalam laman web mereka supaya pelawat/pelanggan laman itu dapat mengetahui perkembangan terkini berkenaan syarikat atau produk. Kenapa? Kerana bagi mereka, perkataan BLOG itu sangat "catchy" dan mengikut trend. Bahkan ada juga organisasi seperti alumni dan persatuan turut mengambil langkah sama dalam usaha menyampaikan informasi kepada para ahli. Keywordnya=informasi.
Namun begitu bila ditinjau dari sesetengah sudut, perkataan BLOG seakan perkataan yang berada di antara BAIK dan JAHAT, kontroversi dan provokatif. Bahkan bila disebut BLOG, ada segelintir daripada kita (yang masih kabur akan maknanya) menganggapnya sebagai "medan fitnah", "arena permusuhan" dan "venue permusuhan". itu sahaja, nothing more nothing less...This is not right!
Tapi ini realiti dan berlaku. Kenapa? Ini kerana wujudnya sesetengan BLOG yang bertujuan seperti itu. Ini secara langsung mewujudkan tembok penghalang atau "barrier" antara generasi yang memahami dan golongan yang kurang memahami. Dalam erti kata lain, akan wujud golongan pro-blog dan anti-blog...(bersambung)
|