Demam Figura Aksi 80's
Sat, 4 Aug 2007

3-4 hari ni aku semacam dilanda deman kartun 80's. Teringat kartun˛ seperti M.A.S.K, Starcom, Dino Riders, Jayce and the Wheel Warriors dan banyak lagi (kalau nak taip satu˛ memang banyak ajer)

Tapi yang lagi syoknya, bukan setakat teringat dan terkenang saja, aku jugak tiba˛ terasa nak kumpul semula figura aksi (action figures) lagi˛ Starcom. Terasa rindu yang teramat sangat terhadap figura tu sampai aku ajak Anips ke Sri Petaling untuk mengusya 1 kedai yang memang terkenal di kalangan pengumpul figura aksi (action figures' collectors). Tapi malangnya kedai tersebut hanya mempamerkan beberapa saja figura˛ klasik dan tidak untuk dijual.

Aku balik dengan agak hampa. Tapi kalau hati dan suka, apa saja boleh dilakukan. Aku cuba nasib di internet. Ternyata banyak website yang kununnya menjual figura aksi ni.


Imej˛ di atas adalah antara figura idamanku sejak kecil lagi, (banyak lagi sebenarnya, malas nak upload) - images by: Toyloft

Sambung cerita, kebanyakan figura ni dijual dalam USD atau Pound Sterling, dan part paling tak best bila aku convert dari USD atau Pound ke RM....tudia!!Bayangkan kalau dulu harga figura orang yang kecil tu hanya dalam RM 4-5 (18 tahun dulu), sekarang dah mencecah RM35! Ada juga yang sampai RM300!Terkesima juga dibuatnya.

Tapi cinta mengatasi segalanya, aku kuatkan semangat untuk memilikinya....sekarang cuma tunggu diorang reply e-mail aku ajer. Harap˛ diorang reply dan ada stok lagi.

Nak tau macam mana nak kira tukaran matawang asing (FoRex)? Klik sini

P/s:- Walaupun umur dah tua, jiwa kena remaja. Peace!

View Archives | Back to Top