Kisah Malam Itu...
Sun, 15 Jul 2007
Kisah ni berlaku lebih kurang 2 minggu lepas sebelum trip aku ke Segamat. Malam tu kawan aku Baha (memang nama sebenar) terjumpa seekor binatang yang kelihatan macam tupai (macam memerang pun ada) on the way balik ke MMU dari rumahnya di Putrajaya. Atas dasar simpati dan belas kasihan kerana melihatkan haiwan ini terbiar, Baha pun membawa pulang ke biliknya di hostel MMU.

Semasa memulangkan kunci motor aku, dia memberitahu aku, Anaih dan Xua berkenaan perkara ini. Kami agak terkejut dengan carita itu dan dengan segera menasihatkan Baha supaya mengembalikannya ke tempat asal di mana Baha menjumpainya. Malangya Baha enggan menuruti nasihat kami (aku, Anaih dan Xua) dengan alasan dia kasihan dan ingin membelanya. Kami hanya..."Oh Ok..."

Menjelang tengah Malam, Fendi (juga nama sebenar) bergegas ke bilikku kerana hendak meminjam motor. Kata Fendi "Binatang tu mengamuk! Baha nak pergi hantar dia balik!" . Dengan pantas kami semua turun ke bilik Baha di Ground floor untuk melihat apa yang berlaku.


Inilah dia haiwan yang dibawa pulang Baha. Tupai? Memerang? atau...



Haiwan ini kelihatan gelisah apabila dia sedar akan kehadiran kami. Dia mula bertindak agressif dan cuba untuk melarikan diri.



Setelah berbincang seketika, kami sependapat menyokong supaya Baha mengembalikannya ke tempat asal di mana ia ditemui.


Kami membuat kesimpulan, seandainya memang benar ianya seekor haiwan, mungkin ia tersesat dari laluannya sehingga ditemui Baha. Ia bertindak agressif mungkin kerana lapar atau takut dengan persekitaran yang lain baginya. Tetapi seandainya ia bukan haiwan dan sebaliknya...Hanya Tuhan lebih mengetahui.

P/s: Betullah seperti kata Optimus Prime " Freedom is the right of all sentient beings " but in the same time as a sentient being, I still don't have the freedom to watch Transformers. Watta!
View Archives | Back to Top