Ahad lepas, aku bersama Ajis,Xua, Anaih dan Syawal telah membuat satu trip "makan durian" ke Segamat, hometown ku yang tercinta. Trip ni lama dah kami rancang sebelum masuk musim durian lagi, tapi memandangkan kebanyakan daripada kami kurang bajet terpaksalah kami tangguh dan tangguh sehingga Ahad yang baru lepas ni.
Pada hari yang dijanjikan, kami semua bangun awal sekitar 6.00 pagi. Selepas bersiap dan bersarapan ala kadar di Petronas Cyberjaya, pada jam 8.30 pagi kami pun memulakan perjalanan dengan Bismillah dan hati yang gembira. Perjalanan yang ceria perlahan-lahan menjadi hambar apabila 3 daripada kami sudah berlepas ke alam mimpi. Hanya aku dan ajis segar menahan mata selama hampir 3 jam sehingga kami sampai ke rumah aku pada jam 11.30 pagi.
Ketibaan kami disambut mesra oleh keluarga aku yang terdiri daripada Abah, Mama dan Adik aku, Epi. Selepas berehat dalam 10-15 minit, Abah aku terus menjemput kami semua makan durian sebagai hidangan selamat datang. Masa tu, cakap banyak pun tak guna, kami makan dengan penuh tekun ditambah dengan perut yang kosong. Kami sungguh tekun menikmati durian tersebut lebih-lebih lagi lepas kami diberitahu bahawa durian-durian ini adalah durian yang baru sahaja gugur pada awal pagi (fresh punya!). Ini ditambah dengan persekitaran rumahku yang terletak dalam dusun durian dan udaranya segar dengan persekitaran desa yang kurang tercemar. Kalau tak silap perkiraan aku, waktu kami dah menghabiskan sekitar 9-10 biji durian yang beratnya sekitar 4-5 kg sebiji. Sebagai keputusannya (as a result) , kami sangat kenyang tahap tak ingat punya.
Selesai makan durian, kami berlima duduk lepak-lepak di bilik tidur aku. Dalam tak sedar, kelima-lima kami tertidur pengsan habis selama 2 jam tanpa sedar. Nasib baiklah Abah aku mengejutkan kami semua untuk lunch. Cerita pasal lunch, Mama aku masak macam biasa, tapi lauk hari tu, perrhhh memang antara yang terbaiklah. Ikan tenggiri masak sambal serai, sayur durian muda masak lemak, ayam goreng special dengan rojak. Tudia! sekali lagi kami makan dengan tekun dan setiap kami tambah nasi tak kurang 3 kali/person.
Lepas lunch, kami cuma berehat sambil menonton Astro sehingga jam 5.00 petang, kami termasuk adik aku Epi keluar ke bandar Segamat untuk mengusya jualan murah di satu kedai kasut ni. Walaupun kedai kasut tapi kedai ni ada juga menjual baju, seluar, jeans dan beg. (pelik jugak). Kemudian kami ronda-ronda shopping mall ni sambil cuci mata.
Lepas Maghrib, sepatutnya kami makan durian lagi, tetapi due to stomach-full-to-da-max, kami hanya dinner sahaja. Cerita pasal dinner pulak, dalam diam-diam rupanya Mama aku sempat masak nasi baryani gam, tudia! Well, paham-paham ajerlah.
Lepas makan, kami pun bersiap-siap nak kembali ke Cyberjaya, kami sungguh berpuas hati dengan trip ni dan berharap dapat lagi trip seumpama ini diadakan pada masa hadapan. Personally aku berterima kasih banyak-banyak pada Abah, Mama dan Epi sebab sudi terima Ajis,Xua,Anaih dan Syawal sebaga tetamu, dan of course aku pun happy sebab semuanya berjalan lancar dan baik (kecuali tak puas makan durian sebab kenyang sangat dan kami semua lupa bawa camera.). Untuk Copo dan Anips, nanti kalau aku buat trip ni lagi, kita ajak lagi ramai termasuk bawak awek sekali, hehe. Kesian anda berdua sebab tak dapat join due to unforseen cicumstances.
Kami sampai di MMU sekitar 12.00 tengah malam.