Diablo : Hellfire & Futsal 3 a.m...
Sat, 24 Mar 2007

Sehari dua ni aku start semula main Diablo:Hellfire. Bagi sesetengah orang, main game lama seumpama Diablo, dah tak ada feel, boring dan sebagainya. Tapi bagi aku, ok ajer,at least masa game tu baru keluar, kita main jugak kan? So tak ada hal lah.

Compare dengan game² yang sama kategori dengannya macam Sacred, memang tak boleh lawan lah kan...tapi bagi aku yang penting feel dan nostalgia dia. Seingat aku, aku start main Diablo dengan Hellfire ni sekitar tahun 1998-2000. Lama tu, dekat sedekad dah.

Bagi bro dan sis yang tak tau atau nak tau lebih pasal game "classic" ni, clik sini.

Lepas layan game ni, aku bersama beberapa member² futsal, keluar berfutsal jam 3 pagi. Fuhh, memang ni lah 1st time aku main futsal selewat ni, selalu paling lambat pun dalam pukul 12 lah, ni pukul 3 pagi! Tapi tak apa lah,rindu punya pasal, on ajer. Duduk kat bilik pun bukan best sangat pun.

Lepas futsal @ Puchong, macam biasalah kami lepak kedai mamak, sembang², gossip² bertukar input dan output semasa. Sampailah dekat pukul 6 pagi barulah aku sampai semula kat MMU dan terus update blog ni, hhehe.

P/s: Hidup perlu main game untuk minda, dan main futsal untuk badan...peace.

View Archives | Back to Top