Hari ni aku ada 2 jemputan ke kenduri kahwin, tapi aku cuma dapat memenuhi 1 sahaja, iaitu kenduri kakak eFozy dekat Sri Gombak.Satu lagi kenduri aku tak dapat pergi sebab tak ada transportation nak ke Seremban.
Sepatutnya ramai yang pergi, tapi disebabkan Ajis dan para housmatenya terkena "ceri beri", maka aku,Anips,Hijaz dan Syawallisme ajer yang pergi..oops tak lupa juga Zul.
Balik MMU, aku main game dan main game sampailah pukul 9 malam. Then aku boleh pulak tertido, sampai lah pukul 11 lebih.Lepas tu makan dengan Ajis,Xua dan Anaih.
Senang kata, weekend ni tak ada perkara yang menarik sangat, lebih kurang sama ajer dengan yang lepasĀ².
Disebabkan aku tak dapat nak tengok movie 300 yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, apa kata kita tengok official web 300.