Coretan 2006...
Thu, 4 Jan 2007

Sekejap ajer rasa tahun 2006 dah berlalu, sekarang masuk 2007.Bila pikir² balik dalam masa 365 hari yang lepas, apa yang kita dah buat? apa kemajuan yang kita dah capai?

Bagi aku tahun 2006 sama macam tahun² yang sudah, penuh dengan pelbagai pahit manis dan suka duka kehidupan. Semua tu dilalui tanpa sedar sebenarnya, melainkan kalau kita betul² ambil iktibar atau pengajaran daripada semua yang berlaku.

Apapun terjadi life must go on. Segala yang tak baik biarlah berlalu sebagai debu kotoran yang melayang dan yang baik biarkan berlalu sebagai bayu nyaman yang mana kedinginannya menjadi ingatan bila dikenang.

Walaupun tiada manusia yang mampu mencapai kesempurnaan sejati, tetapi sebagai manusia juga kita digalakkan mencari kesempurnaan itu dengan memperbaiki diri dari semasa ke semasa hingga akhir hayat.

View Archives | Back to Top