Weekend yang akif...
Mon, 25 Dec 2006

Merry Christmas to all my Christian friends!

Semalam hari Ahad yang sangat aktif dan terisi bagi aku. Bermula dengan bertandang ke majlis perkahwinan Nannor @ Seremban lepas tu makan malam Krismas @ rumah Audrey. Sungguh best dan bermakna.

Sebut pasal majlis Nannor, memang meriah dan berwarna warni. Tapi bagi aku, yang paling bermakna selain melihat bekas rakan sekelas (Nannor) bersanding ialah dapat jumpa semula member² lama masa sekolah dulu (SMAP Labu 94-98). Kebanyakannya datang berdua (suami isteri), ada yang bertiga.Aku jugak yang datang solo sampai ada member yang tanya "bila nak berdua?". Hehehe, soalan cepu emas sungguh.Anyway, aku boleh abaikan ajer soalan² macam tu sebab aku study lagi, mana nak mampu tanggung anak orang kan?

Kebanyakannya dah kerja bagus² dan dah matang sebab dah kerja dan berkeluarga tak macam aku yang still rasa umur macam baru 21, heheh.Apa nak buat rezeki masing². Tapi kan dalam ramai² ex-schoolmates aku tu, aku ada terpandang kat someone ni, aku tengok dia datang dengan kawan² dan ini bermakna dia single....agaknyalah. Aku mula² ingat nak tegur tapi tak kesampaian sebab lepas makan dia dengan kawan²nya terus masuk ke rumah pengantin. Aku pulak terus lepak dengan member² laki yang rata² dah bergelar dan bakal bergelar bapa.

Tapi tak apa. Ada rezeki ada jodoh boleh jumpa lagi nanti. Lepas sembang² ala kadar akhirnya aku kena beredar sebab masa tak mengizinkan. Selamat tinggal rakan² semua dan selamat tinggal "kamu". Sesampai Cyberjaya aku alas perut sikit sebelum tidur kerana keletihan.

Sebelah malamnya pula, aku dapat invitation ke X'mas dinner @ Audrey's. Ni pun best gak, tapi disebabkan masa tak cukup aku terpaksa stop dulu lah. esok ada presentation dan submission. Sorry yer!

View Archives | Back to Top