Titanic & Memori 98...
Sat, 16 Dec 2006

Sepatutnya aku kena siapkan character untuk game aku, tapi disebabkan selsema dan batuk yang melampau, aku just tidur dan tidur dan tidur.

Macam biasalah bangun˛ ajer kepala mesti blank dan rasa yang tak best melanda.So untuk mengembalikan mood, aku pun layan lah movie Titanic.Movie lama, tapi bermakna tu.Lepas ajer aku layan movie Titanic semam, tiba˛ aku teringat kisah˛ masa ku form 5 (1998), masa tu filem Titanic ni memang tengah top. Mana˛ aje orang akan cerita pasal ni. Dari kisah kapal, cinta,hero dan heroin, tragedi juga harapan.

Actually aku pun tak pasti kenapa kali ni aku terasa suatu feeling yang aneh lepas aku tonton movie ni. Memori zaman sekolah satu persatu muncul. Aku rindu zaman form 5 dulu (1998). Dan aku terasa semacam ada satu perasaan yang sama macam yang pernah aku rasa masa tu. Perasaan yang semacam harapan, tapi kabur. Perasaan semacam gembira tapi berbaur. Haihh...kenapalah aku ni...

Takperlah, aku pun tak tau nak taip apa lagi dah...tapi aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, tak kiralah pasal Titanic atau pasal aku sendiri...Wallahu a'lam.

View Archives | Back to Top