Air Kelapa Muda Limau Kasturi!
Khamis, 09 Oktober 2025


Sejak remaja lagi (sekarang dah 4-series, heheh). Aku memang penggemar air limau kasturi atau kalamansi. Lagi-lagi yang sejuk berais, perhhh! Memang mantap! Tapi dalam masa yang sama, Aku agak kurang gemar kat air kelapa muda. Mungkin masa tu rasanya kurang kena dengan tekak Aku, kot.

Tapi bila semakin dewasa, Aku mula nampak keberkesanan air kelapa muda ni dalam merawat kucing-kucing peliharan yang demam/sakit. Aku mula terfikir. Kalaulah pada kucing pun boleh ada efek penyembuhan. Mesti pada manusia pun ada kesan yang sama atau lebih baik.

Sejak tu Aku mula cuba belajar minum, menikmati dan menggemari air kelapa muda ciptaan Tuhan ni. Aku juga buat research (Google jer), membuat bacaan berkaitan serta menonton video berkaitan air kelapa muda ni di internet. Ya! memang banyak sangat kebaikan air kelapa muda terutamanya yang fresh!

Ok, nak jadi cerita baru-baru ni Aku terfikir, "Ok tak kalau cuba combine kan air kelapa muda dan air limau kasturi?". Tanpa cakap banyak dan fikir panjang, terus Aku masukkan ais ke dalam jag, tuang air kelapa muda pemberian Abah beserta isinya yang pejal! Potong limau kasturi dan perahkan beberapa biji ke dalam jag.

Bismillah! Wow! Rasanya memang kena! Manis air kelapa muda, aroma dan rasa "tangy" dari limau kasturi yang refreshing serta kedinginan air batu. Kombinasi yang boleh dikatakan Pure Bliss! gitu.

Bayangkan kebaikan dan kesegaran air kelapa muda dan limau kasturi dalam 1 gelas! Banyak khasiatnya... Nak tau? Nantikan sambungannya...

SsSaAAppPP!
View Archives | Back to Top