Sedutan Bahagian 1
Lepas 10 tahun, 20 tahun atau bila? Ya itulah perkara yang tak ada sesiapa tahu melainkan Rabbul-Jalil. Tapi, kesilapan sebenar Aku adalah Aku sendiri tidak benar-benar bersedia untuk masa hadapan tu. Mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Rasa hebat dengan ilmu yang sekelumit.
Itulah masa lalu Aku. Kesal? Ada dua jawapan. Ya dan Tidak.
---------------------------------------------
Aku kesal kerana Aku tak menyangka bahawa "masa hadapan" itu lebih dari sekadar impian silam pada ketika itu. Masa berubah dan merubah tanpa menunggu sesiapa. Sebagaimana dengan firman Allah dalam surah Al-Asr yang terus terang menyatakan bahawa manusia dalam kerugian.
Bagi diri Aku, kerugian kerana tidak mengambil peluang untuk menambah ilmu sebanyak-banyaknya dan kerugian kerana tidak fokus, lalai serta hayut dalam impian korup!
Tapi dalam masa sama, Aku tak kesal. Bahkan Aku bersyukur kerana "masa hadapan" itu menawarkan lebih daripada apa yang kita mampu bayangkan. Lebih luas dan unlimited, hanya Allah lebih mengetahui.
Sebagai hambaNya, Aku bersyukur kerana diberi ruang dan peluang untuk membaiki diri, walaupun masa lalu tetap berlalu. Amat bertepatan dengan firman Allah, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu (kaum) itu sehingga sesuatu (kaum) itu merubahnya sendiri (dengan usaha)".
Wah, berjela pula intro bahagian 2 ni, hhehe. Penangan 2 bulan tidak menulis dan mencoret apa yang terbuku di hati dan minda ini.
Berbalik kepada cerita video editing. Memang Aku tak suka pada awalnya atas beberapa sebab dari 20 tahun yang lepas. Tapi, yelah kan. Bak kata Taka @ MasterTyro @ Suhaimie Selin "
Yalakan, mana ada orang tak berubah, kan?" (Baca dalam slang Sabahan), hehe.
Kini video editing, shooting, bahkan acting dah jadi "makanan harian" Aku! Serius laa? Ya Aku serius!
Bersambung...つづく