Tega berjeda (Part 1)
Sun, 29 Sep 2024


Sejak zaman MMU lagi, video editing ni perkara yang paling last aku suka. Walaupun kena ambil subjek yang melibatkan video editing ni, kalau tak silap MPM1013. Masa tu yang ajar kami adalah Mr.Ghaz Abu Bakar (Director Polis Evo 1). Aku tetap tak minat dan cari jalan "skip" dan buat ala kadar sahaja. Janji lulus, heheh.

Apa yang Aku fikir masa tu adalah untuk jadi Web designer (pereka laman web) sahaja. Ya, web designer! Itulah cita-cita dan passion Aku! Aku "nampak" yang kerjaya ni adalah masa depan, atau future! Gempak bro!

Aku fokus berusaha untuk mendapatkan tempat dalam majoring Digital Media di Fakulti Creative Multimedia, MMU sekitar tahun 2005/2006 macam tu. Aku berjaya, Aku gembira dan Aku grad. Alhamdulillah.

Ok, fast forward >>>.Hampir 20 tahun kemudian.

Zaman berubah. Hakikatnya dari segi teknologi ICT, perubahan tu berlaku setiap saat. Sentiasa ada pembaharuan, kemajuan yang kadangkala (atau sememangnya) rasa tak terkejar dibuatnya.

Kalau dulu, bila sebut nak buat atau edit video, terus rasa bebannya di minda lebih-lebih lagi kalau komputer yang dimiliki tu tak sepower mana, hehe. Belum kira masa nak render, re-edit, upload dan sebagainya.

Aku tak boleh lupa, masa Aku intern di salah sebuah syarikat multimedia di Cyberjaya dulu, Aku pernah tengok video editor buat kerja. Memang taubat lahum lah nak jadi editor! Terus Aku set, Super No!No!, untuk menjadikannya kerjaya. Aku tetap nak jadi web designer!

Tapi! Tapi!

Tu semua masa muda, yang penuh persepsi, asumsi dan perangai basi yang negatif! Zaman yang sentiasa mengharap "masa depan yang gemilang"! Tapi persoalannya, bila masa depan tu? Macam mana masa depan tu?

Lepas 10 tahun, 20 tahun atau bila? Ya itulah perkara yang tak ada sesiapa tahu melainkan Rabbul-Jalil. Tapi, kesilapan sebenar Aku adalah Aku sendiri tidak benar-benar bersedia untuk masa hadapan tu. Mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Rasa hebat dengan ilmu yang sekelumit.

Itulah masa lalu Aku. Kesal? Ada dua jawapan. Ya dan Tidak.

Bersambung...つづく
View Archives | Back to Top