Suspended!
Sun, 25 Aug 2024


Ni baru berlaku semalam (24 Ogos 24).

Aku tengah syok-syok buat kerja. Edit gambar, edit video, tengok tiktok.. Tiba-tiba bila aku nak tengok Facebook, skrin laptop memaparkan paparan macam di atas. Ah sudah! Apa kes pulak ni?

Siapa punya Instagrgam pulak ni. Apa kaitan dengan Aku? Seterusnya pelbagai persoalan dan perasaan melanda jiwa nurani ni.

Setelah meminta konsultasi dari rakan-rakan yang aku rasakan "Ada numbers, convincing dan legitimate", maka Aku sedari bahawa akaun Facebook Aku ni berkemungkinan BESAR, ya BESAR, akan gone like forever!

Macam tak percaya. Tapi ini adalah separa-hakikat yang kena hadam! Tapi Aku taklah menangis. Cuma...Cuma Aku...Yelah, yelah Aku mengaku yang Aku sedih ni. Segala kenangan, coretan, gambar, page bisnes dan sebagainya akan hilang begitu sahaja. (Aku masih berdoa supaya boleh dapat semula akaun ni)

Apapun menurut rakan-rakan yang aku percaya tersebut, Aku kena lebih risaukan data-data lain berbanding akaun Facebook tu sendiri!

Ok, Aku makin murung.
View Archives | Back to Top