SEGAMAT.BIZ - Setahun sudah...
Alhamdulillah! Diam tak diam dah setahun SEGAMAT.BIZ dah
up and running. Sekejap aje masa berlalu. Tapi, walaupun dah setahun usianya di atas talian masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Mungkin ada yang nak tau kenapa Aku nak wujudkan SEGAMAT.BIZ ni kan?
Antara sebab utama tercetusnya idea dan rasa untuk mewujudkan platform Segamat.Biz ini adalah untuk memudah pelanggan/pembeli mencari servis atau produk secara terus.
Bunyinya macam biasa atau cliche aje kan? Ya betul, TAPI....
Ada tapinya.....Tapi dalam masa sama turut memudahkan penjual, pemilik bisnes atau penyedia perkhidmatan untuk mendaftar, menyenarai dan mempromosikan produk dan servis secara PERCUMA!
Ok, tapi bukankah dah banyak platform dan media sosial yang membawa objektif yang sama? Jawapannya betul, TAPI...
Hehe, berapa banyak TAPI daaa....
Tapi pendekatan yang kami cuba bawa adalah lebih mudah, fokus dan terarah! Kami platform yang menghubungkan penjual dan pembeli, seller dan buyer.
Kami tidak mengenakan sebarang caj kepada mana-mana pihak. Seller atau penjual akan mendapat 100% hasil jualan, begitu juga buyer atau pembeli hanya membayar harga produk atau servis tanpa ada caj tambahan dari platform kami.
Adakah kami sama dengan yang lain-lain? Anda jawab sendiri, hehe.
Selain itu, kami juga ada sistem kami tersendiri, yang membolehkan seller menentukan kata kunci atau keyword bagi memperluas capaian kepada pelanggan.
Paling utama, bagi seller yang berdaftar. Kami menyediakan satu lagi extra percuma untuk anda. Copy Link ekslusif untuk laman bisnes anda. Link ini juga Percuma dan boleh digunakan di mana-mana platform dalam talian termasuk Whatsapp, Instagram dan sebagainya.
Makna kata, sebaik sahaja anda berjaya mendaftar, ini bererti anda juga sudah memiliki satu laman bisnes sendiri tanpa mengeluarkan seduit pun.
Pelaburan anda, hanya masa dan kesedaran juga kepercayaan!
Kalau anda tak percaya, boleh klik
SEGAMAT.BIZ
Ok tu je nak cerita, sSsAaaPpP!!!