Eh! Dah 2024!
Wed, 10 Jan 2024

Makin hari makin sekejap aje terasa masa berlalu. Rasanya baru aje Aku buat entri untuk penutup 2022. Tau-tau dah masuk 2024 pulak.

Tahun 2023 yang lepas, tahun yang penuh dengan suka duka silih berganti. Aku sendiri pun ada masa hampir-hampir lost. Hanyut ditelan masa, emosi, ilusi dan sensasi yang pelbagai. Ada masa terfikir jugak kalaulah ada pause button untuk hidup ni, mungkin ada bagusnya juga. Dapatlah nak susun semula apa yang tak tersusun, apa yang serabut.

Tapi mustahil kita nak berlawan dengan masa! Masa yang terus berdetik. Sesuailah dengan firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."

Secara peribadi, tahun 2023 telah melabuhkan tirainya dengan meninggalkan beberapa kenangan duka seperti kembalinya ayah mertuaku, Allahyarham Haji Awang Kechik Bin Jaafar ke rahmatullah pada 19 Mac 2023, kerana sakit tua. Mohon hadiahkan Al-fatihah untuk beliau. Ini terjadi beberapa hari sahaja sebelum kedatangan bulan Ramadhan yang lalu. (Nanti Aku sambung dalam entri akan datang.)

Selain tu, satu lagi peristiwa duka adalah kembalinya juga pengasuh Erham , Allahyarhamah Kak Ani atau lebih mesra dengan panggilan Mak kerana penyakit kanser. Sesuatu yang mengejutkan dan tak disangka kerana berlaku dengan cepat sekali. Al-Fatihah untuk Kak Ani.

Disebalik kenangan duka, syukur pada Allah masih banyak kegembiraan lain yang berlaku. Alhamdulillah. Antara yang menggembirakan Aku adalah, selepas 6 tahun tersimpan di atas kertas, akhirnya laman web SEGAMAT.BIZ telah berjaya direalisasikan secara dalam talian dengan izin Allah dan bantuan beberapa individu penting.

Nak tau apa tu SEGAMAT.BIZ? Klik sini.

Ok ni aje nak cerita. Sekadar coretan pembuka tahun 2024 ni. Oh ya, satu lagi. Untuk edisi blog tahun 2024, Aku pilih warna oren dan silver untuk warna tema. Kenapa? Entah. Saje nak tukar mood kot, heheh. OK nanti Aku sambung entri siri Dukacita. Dah nak sampai ke penghujung dah.

Take care!
View Archives | Back to Top