Dukacita (Part 10)
Thu, 29 Dec 2023
Sedutan Part 9

"Macam mana Along keadaan atuk?", soal Kak Ngah yang juga emak kepada Along.

"Doktor kata...."

========================

"Doktor kata, seeloknya bawa atuk balik ke rumah", ujar Along Haziqah perlahan.

"Kalau atuk masih di hospital pun, tak banyak yang boleh dibuat, ditambah dengan usia atuk yang dah lebih 80 tahun dan dah uzur. Atuk pun macam nak balik sangat-sangat macam malam tadi", tambah Along lagi.

Aku dan Ain berpandangan. Ada betulnya kata Along tu. Abah biasanya kalau masuk ke hospital, dia akan tenang dan tak ada menunjukkan sikap tak nak berada di hospital.

"Tapi kalau atuk terus stay kat sini, macam mana?", soal salah seorang daripada ipar-duai kami.

"Pihak hospital akan terus buat rawatan ikut kesuaian dan ubat", jawab Along.

Suana hening. Semua yang ada di situ seakan dalam fasa pegun. Senyap. Masing-masing berbicara di benak sendiri.

========================

Aku, Ain, Amin, Isma dan Cik Jah duduk di meja kafe. Masing-masing melayan perasaan sambil memandang telefon. Pak Lang diminta mengawasi Erham, Nizam, Nisa dan Iris yang sibuk berlari dan bermain di perkarangan kafe.

Walaupun pelbagai makanan ada dijual di sini, namun situasi yang sedang berlaku seakan tak mengizinkan kami untuk benar-benar menikmati apa yang dah terhidang. Kami makan sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan nak elak daripada perut dimasuki angin.

11 orang adik beradik, bukan satu jumlah yang sedikit. Apatah lagi dalam mencari satu keputusan dan kesepakatan. Semua orang ada P.O.V tersendiri. Semua orang nak P.O.V mereka didengari seterusnya menjadi keputusan, yang mana kadang-kadang tak semestinya relevan.

Aku, Ain, Amin, Isma dan Cik Jah sepakat dan bersependapat, Abah perlu dibawa pulang. Ya! Abah perlu dibawa pulang. Kami juga ada alasan dan P.O.V tersendiri sebagai adik-adik yang termuda. Begitu juga kakak dan abang yang teratas. Ada yang tak pasti, ada yang follow the flow, bahkan ada juga yang merasakan Abah perlu terus berada di hospital demi untuk terus "dirawat" walaupun pada dasarnya doktor yang merawat Abah dah bagi hint untuk Abah dibawa pulang.

Dilema kan? Ya. Memang dilema, serba salah, serba tak pasti. Masing-masing takut dan risau sekiranya jika sesuatu yang tak baik bakal berlaku, dan tak mahu dipersalahkan kemudian hari.

terngiang-ngiang kata doktor yang merawat Abah, "Please pray for him, just prepare for the worst. ".

Kami boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh doktor tersebut. Memang benar ajal maut di tangan tuhan, namun kita kena faham dan rasional dengan keadaan. Kita tak boleh semata-semata berpegang pada "doa baik-baik aje" tanpa tindakan yang realistik. Berpaksikan kata-kata doktor tu jugak kami fikirkan yang adalah lebih baik Abah dibawa pulang. Mungkin Abah ada sebab dan hajatnya tersendiri, atau sekurang-kurangnya macam kata orang-orang dulu, dia nak "pergi" dari rumahnya sendiri. Wallahu a'lam.

Doktor juga mengakui yang tindak balas ubat yang diberikan kepada Abah, hampir tiada. Vital sign juga tidak banyak menunjukkan perkembangan positif. Eloklah kita bawa Abah balik ke rumah.

Namun seperti yang Aku nyatakan. Semua orang ada pandangan. Bahkan ada yang tidak faham atau aca-cah tak faham apa yang dah tersurat dan tersirat. Masih berharap pada rawatan demi rawatan, yang mana pada fikiran kami ianya lebih kepada uji kaji terhadap Abah. Ada juga yang nak Abah terus dirawat di hospital dengan alasan, di rumah tiada siapa yang boleh merawat Abah.

Situasi ni ibarat game-changer dari rasa sedih kepada rasa geram! Keadaan agak tegang.

Walaupun dikategorikan sebagai Geng Adik-Adik, Ain dan Cik Jah terpaksa mengambil langkah drastik dan memainkan peranan penting dalam rundingan dengan yang lain-lain. Aku sebagai menantu lelaki bongsu, setakat cakap-cakap tepi dengan Ain aje, heheh.

Lepas call sana sini, whatsapp sana sini, rundingan demi rundingan, bincang punya bincang, akherrnyaa, persetujuan dicapai!

Abah perlu dibawa pulang. Masing-masing akhirnya dapat membuka minda dan melapangkan dada demi Abah.

Cuma sekarang, timbul isu baru. Macam mana nak bawa Abah balik ke Maran dari SASMEC Kuantan dengan keadaan Abah yang bedridden ni? Jawapannya adalah dengan menaiki ambulans. Namun setelah ditanya berkenaan ambulans ni, staff wad menyatakan tiada servis ambulans dari SASMEC untuk pesakit pulang ke rumah. Waris perlu dapatkan khidmat ambulans swasta.

Allah. Kelam kabut juga dibuatnya. Aku yang sedia maklum pasal ni hanya berdiam diri seketika. Aku tak nak menjadi hero dan menambah serabut keadaan. Aku fikir, eloklah serahkan pada mereka yang lebih berpengalaman dan tahu.

Salah seorang ipar Aku cuba menghubungi nombor yang diberikan staff wad. Lepas beberapa nombor dihubungi, hasilnya tak begitu memberangsangkan.

Ada yang menolak secara total, alasannya jarak antara Kuantan ke Maran agak jauh. ( Jauh ke? ). Ada juga yang mengenakan caj terlalu tinggi dan alasan tiada ambulans yang tersedia.

Keadaan kembali jadi tak best. Urusan discharge Abah telah dibuat namun ambulans masih tiada!

"Jap, Ain nak suruh Ezral tanyakan kawan dia yang ada ambulans." ujar Ain kepada adik beradik dan ipar duai yang sedang buntu.

"Boleh ke?", tanya Aku yang tetiba blurr-blurr ubi pulak.

"Cubalah tanya AE Ambulance tu...", tambah Ain lagi.

Aku pun terus menelefon En. Farok, owner A&E Ambulance Service.

Aku terus cerita apa yang berlaku, dia pun tak cakap banyak terus bagitahu harga yang dah siap diskaun lagi.

"Nanti whatsapp pada saya nama abah, wad mana dan no. katil. Staff saya akan sampai dalam masa 1 jam ke SASMEC terus naik dan bawa turun." Ujar En. Farok sebelum kami menamatkan panggilan.

Aku pun menyampaikan berita ni kepada semua. Alhamdulillah. Selesai satu hal. Lega. Sekarang tinggal nak uruskan discharge Abah sahaja.

Tak sampai sejam, ambulans A&E pun sampai. Abah dibawa masuk ke ambulans ditemani Kak De dan Along Haziqah. Kami bersama yang lain terus menuju ke kereta masing-masing untuk bergerak ke Maran.

P/s: Terima kasih En.Farok atas servis yang cepat dan mantap!

Bersambung...つづく



View Archives | Back to Top