Dukacita (Part 9)
Thu, 16 Nov 2023


Kami kembali ke homestay. Ain kelihatan letih dan sugul bersama handphone di tangan. Update demi update disampaikan melalui WhatsApp, dalam group family, private message, bahkan melalui telefon.

Erham masih bertenaga. Bermain seorang diri, berlari ke sana ke mari. Aku? Aku walaupun letih dengan hari yang panjang, masih belum rasa nak tidur. Aku bersandar di sofa ruang tamu sambil mendengar update dari Ain.

"Along Haziqah dan Hafiz tidur sini", ujar Ain memecah kesunyian.

"Oh, elok jugak tu. Bilik pun ada satu lagi", jawabku.

Tidak lama lepas tu, mereka pun sampai. Kami segera bertanyakan perihal Abah. Along Haziqah menceritakan apa yang berlaku. Semakin banyak persoalan berbanding jawapan. Bermacam telahan berlegar di sanubari masing-masing.

Kami semua masuk tidur. Tidur dengan perasaan bercampur baur.

Keesokan paginya, kami terus bergerak ke SASMEC. Tanpa sarapan, cuma harapan dapat melihat keadaan Abah dengan mata kami sendiri.

Sesampai di SASMEC.

Ya Allah! Banyaknya kereta! Parking lot semua penuh mat! Pusing-punya pusing akhirnya dapat jugak letak kereta di tepi jalan luar kawasan hospital, kira-kira 500 meter dari pintu pagar masuk.

Jauh mat! Maka berjalan kaki lah Aku dan Ain. Tidak kelihatan kelibat Kak Izah dan Ayah Cik Hamzah.

Entah manalah diorang park kereta. Erham pula naik bersama Along Haziqah dan Hafiz. Juga belum ada tanda-tanda dah sampai.

Aku dan Ain terus duduk di cafe yang terletak di luar hospital. Letih Mat, lepas menapak. Ain terus menelefon yang lain-lain. Akhirnya semua selamat tiba.

Disebabkan prosedur hospital yang masih ketat. Hanya orang dewasa sahaja yang boleh naik ke wad berduaan. Kanak-kanak tidak dibenarkan secara total!

Selepas mengalas perut, kami naik ke ruang legar wad. Kelihatan ahli keluarga yang lain sedia menunggu.Kami bergilir masuk untuk menjenguk Abah. Allahu rabbi. Abah kelihatan sangat lemah dan sakit.

Aku sebak, sedih. Aku hanya mampu membacakan selawat dan ayat-ayat Al-Quran yang Aku tau sambil menggosok-gosokkan tangan dan kakinya.

Kemudian muncul seorang doktor. Doktor ini yang menyelia Abah, berbangsa India.

"Tolong bacakan Yasin, selawat dan doakan ayah. Please pray whatever you can for him", ujarnya lembut tapi serius.

Ketika itu Along Haziqah pun ada. Aku terdengar perbualan mereka. Doctor's talk. Tapi Aku tak fokus. Ibarat angin lalu. Aku hanya fokus pada Abah di katil.

Aku dan Ain keluar bagi memberi laluan pada ahli keluarga yang lain. Tak lama lepas tu Along Haziqah pun keluar dan menuju ke arah kami.

"Macam mana Along keadaan atuk?", soal Kak Ngah yang juga emak kepada Along.

"Doktor kata...."

Bersambung...つづく
View Archives | Back to Top