Dukacita (Part 6)
Tue, 25 Jul 2023
Aku lihat Ain. Air matanya masih becucuran perlahan. Aku pun turut sebak. Sambil memicit-micit badan Abah hati ini tak putus memohon pada Allah agar diberi kesembuhan pada Abah. Mulut tak berhenti berselawat.

Aku memandang tubuh uzur Abah. Perasaan bercampur baur ditambah mata yang semakin berat dan badan yang semakin lesu. Aku gagahkan juga untuk terus berdiri sambil menggosok-gosok badan Abah. Sesekali Abah seakan terlelap. Sesekali seakan terkejut.

Suasana hening, sepi. Sesekali misi bertugas lalu lalang menjalankan tugasan. Tiba-tiba...

"Anak...oo nak..."

"Boleh tolong makcik?"

Mata yang berat tadi terbuka luas. Ain memandang Aku. Aku memerhati sekeliling, yang ada cuma Aku dan Ain. Ain pun menoleh ke belakang. Rupa-rupanya, suara itu milik seorang makcik yang sedang terbaring di katil di belakang Ain. Kedudukan katilnya yang sedikit jauh dari katil Abah membuatkan kami kurang sedar tentang keberadaan makcik tersebut.

"Ya makcik, kenapa ya? Apa yang boleh saya tolong?", ujar Ain lembut sebaik mendekati makcik itu.

"Boleh tak bawak makcik ke tandas? Tak ada orang nak bawak makcik ni, makcik tak larat nak bangun." balas makcik tersebut.

Aku lihat Ain serba salah, namun Aku kenal zaujati, dia tidak akan menolak permintaan tersebut. Ain kembali ke katil Abah dan bertanyakan kebenaran Aku. Aku segera mengangguk. Bagi Aku, ok je kalau nak tolong bawa makcik tu ke tandas.

Ain segera mencari kerusi roda memandangkan keadaan makcik tu yang terlalu lemah dan uzur. Cari punya cari jumpa juga kerusi roda, dan Aku pun tolonglah sekali nak dudukkan makcik tu atas kerusi roda itu.

Memandangkan tu kali pertama kami datang ke Kecemasan, HOSHAS Temerloh. Manalah nak tau tandas kat bahagian mana. Syukurlah staff bertugas dengan mesra memberitahu Ain di mana letaknya tandas.

Alhamdulillah, selesai urusan makcik tersebut. Kami baringkannya semula ke katilnya. Jam dah dekat pukul 4 pagi. 2 orang anak saudara sebelah Ain pun dah masuk untuk bergilir mengggantikan kami menjaga Abah.

Kami keluar dari wad kecemasan. Kembali ke tempat ahli keluarga yang lain berkumpul. Bersembang-sembang seadanya sambil melawan mengantuk, pekena coke zero seround, heheh. Dekat-dekat pukul 5, Aku beritau Ain yang Aku dah tak boleh go lagi dah. Aku kena lelap jugak dalam kereta. Ain pun setuju.

Kak Izah ada di kereta sambil menemankan Erham tidur. Aku masuk ke kerusi driver. Tau-tau melayang terus mat!!!

Aku sedar bila Ain kejutkan Aku, ajak check in hotel yang dah dibooking lebih awal. Katanya, kakak-kakak yang ada di homestay akan datang selepas solat subuh. Jadinya eloklah kami beredar untuk berehat.

Bersambung...つづく
View Archives | Back to Top