Balik Cuti Raya...
Wed, 11 Oct 2006

Pejam celik, pejam celik dah 2 minggu kita berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.Ini juga bermakna tinggal 2 minggu lebih lagi sebelum Aidilfitri menjelma.

Sebelum aku balik ke kampung halaman tengahari nanti, aku dengan rasa ikhlas hati dan sanubari serta niat yang suci murni, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan taulan, kenalan serta siapa saja yang pernah melawat site ini tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Kepada rakanČ MMU selamat bercuti dan jaga diri baikČ ok!Sebelum balik apa kata kita amik mood dulu layan lagu ni...:)

Lagu : Balik Kampung
oleh : Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
View Archives | Back to Top