Dukacita : Malam Nisfu Sya'aban (Part 4)
Sun, 4 Jun 2023
Sedutan Part 3

Setibanya di perkarangan rumah, kelihatan Abah dan Makcik baru nak bergerak ke surau. Aku terus memberitahu tentang apa yang berlaku. Abah hanya tenang mendengar dan berpesan supaya Aku, Ain dan Erham berhati-hati.

"Jom kita bersiap apa yang patut..."ujarku pada Ain.

========================

Malam yang tenang. Penuh berkat. Namun bagi Aku, Ain dan Erham. Malam itu satu malam yang sarat dengan emosi. Selesai solat isya' kami terus bersiap-siap dengan beg pakaian, sedikit bekalan makanan dan menyediakan makanan untuk kucing-kucing yang akan diletakkan di luar sepanjang kami tiada di rumah nanti.

Alhamdulillah, Yaasin pun sempat kami baca 3 kali sempena malam yang berkat ini, dengan titipan doa dan pengharapan agar abah kami diberi kesembuhan dan dipermudah urusan keluarga kami.

Kami mula bergerak pada jam 9.30 malam. Abah dan Makcik masih belum pulang ke rumah kerana kebiasaannya di surau kampung kami, ada jamuan makan setiap kali ada majlis seumpama malam ini.

Kami terus meluncur membelah malam yang hening. Jalan agak lengang. Tak banyak kenderaan sama ada di jalan biasa mahupun di lebuh raya. Mungkin kerana bukan hujung minggu. Kedengaran telefon Aku bergetar-getar. Abah yang call.

Abah return call Aku yang tak berjawab tadi. Abah hanya berpesan supaya berhati-hati dan banyakkan berdoa. Ringkas tapi bermakna.

Aku dan Ain tak banyak berbual. Sekali sekala Aku minta Ain untuk peka dengan telefon supaya tidak terlepas sebarang update terkini. Kami berhenti rehat sekejap di BHP selepas Plaza Tol Gombak untuk mengalas perut. Jam menunjukkan 12.30 pagi.

LPT hanya dipenuhi kenderaan berat menuju ke pantai timur, termasuk kami bertiga yang ingin sampai ke Temerloh dengan segera.

Walaupun ingin sampai segera, Aku tetap berhati-hati memandu ditemani Ain yang tidak sedetik melelapkan mata demi memastikan Aku sentiasa alert dan segar.

Bersambung...つづく
View Archives | Back to Top