Dukacita (Part 3)
Sun, 21 May 2023
Sedutan Part 2

"Abang, Amin baru call.", suara Ain tersekat..

"Kenapa Amin call?", balasku pendek.

"Abah pengsan. Sekarang dalam ambulans ke Hospital Temerloh...", jawab Ain.

"Ya Allah!!!"


========================

Bagai dipalu petir, Aku terkesima dengan apa yang baru keluar dari mulut Ain. Belum reda kesedihan melihat Mak terlantar tenat, kini berita Abah pengsan seakan menambah kedukacitaan di petang Nisfu Sya'aban ini.

Aku lihat air mata Ain tidak berhenti-henti bercucuran. Erham pula terus menangis bila diberitahu bahawa Atok Maran sakit dan masuk hospital. Dari mata Ain, Aku dapat rasakan dia ingin mengajak untuk pergi ke Temerloh terus.

Namun, sebagai suami, abah dan ketua keluarga, Aku mesti bertenang, dan berfikir dengan pantas cara untuk menghadapi situasi yang agak berat ini lebih-lebih lagi jam sudah menunjukkan jam 7.00 petang.

Aku menghela nafas panjang. Kami bertiga terus menuju ke kawasan letak kereta. Dengan langkah longlai, hati yang berat. Namun, bagi Aku, satu keputusan mesti dibuat segera!

Aku berhenti di gazebo berdekatan. Aku duduk, merenung ke taman permainan kanak-kanak yang sepi. Aku memandang Ain yang turut duduk sambil memeluk Erham. Aku menenangkan Ain. Aku tau jiwanya begitu berkecamuk sekali. Menerima dua berita kesedihan dalam satu-satu masa.

"Abang rasa elok kita balik rumah dulu, kemas beg baju dan apa yang patut."

"Malam ni malam Nisfu Sya'aban, eloklah kita solat dan baca Ya'asin dulu. Mohon pada Allah.", tambah ku lagi.

"Lagipun, kita kena ke KL dulu, masuk tol LPT, barulah sampai ke Temerloh. Jalan Segamat-Kuantan masih belum dibaiki akibat banjir. Tak elok kalau kita mulakan perjalanan malam ni dalam keadaan tak ready.", pujukku untuk meyakinkan Ain.

Akhirnya Ain bersetuju. Aku sedikit lega.

Dari Segamat nak ke KL, Bentong dan Temerloh. Bukan satu perjalanan yang singkat lagi-lagi waktu malam.

Setibanya di perkarangan rumah, kelihatan Abah dan Makcik baru nak bergerak ke surau. Aku terus memberitahu tentang apa yang berlaku. Abah hanya tenang mendengar dan berpesan supaya Aku, Ain dan Erham berhati-hati.

"Jom kita bersiap apa yang patut..."ujarku pada Ain.

Bersambung...つづく




View Archives | Back to Top