Sedutan Part 1
Jam menunjukkan pukul 6.20 petang. Suasana hening, tenang. Tak ramai pelawat. Mungkin sudah lewat ditambah hari Selasa. Aku terus berdebar menanti video call dari Ain. Aku juga cuba menghubungi Ain tapi gagal. Kini Aku juga resah seperti Erham.
========================
Aku debar menanti. Apa yang berlaku? Kenapa Ain tak respon? Aku terus menghubungi Ain sambil menenangkan Erham. Aku bangun dan mundar mandir di lobi. Kemudian Aku ternampak kelibat Ain yang menuju ke arah kami.
Kelihatan Ain sedang bercakap telefon, sambil mengelap air matanya. Aku semakin tak keruan.
Setibanya Ain, Ain terus menangis terisak-isak. "Ain, kenapa ni? Kenapa tak jawab call?".
"Ain tak boleh nak jawab call atau buat video call sebab tak sampai hati tengok keadaan Kak Ani. Kesian sangat kat dia. Lagipun, keadaan aurat tak mengizinkan...", ujar Ain sambil mengesat air matanya. "Kalau abang nak ziarah, eloklah naik sekarang tapi Erham memang tak boleh naik..", sambung Ain.
Aku pun terus menuju ke lif untuk naik ke wad yang berada di tingkat satu. Hati Aku terasa berat, sedih dan bermacam-macam rasa yang tak baik. Aku mempercepat langkah dan terus ke wad.
Orang pertama yang Aku lihat adalah O-o (panggilan Erham pada suami Kak Ani). Taulah Aku bahawa itu adalah katil Kak Ani. Pada masa tu katil Kak Ani telah pun diletakkan tirai. Sekilas pandang Aku ternampak Kak Ani dari belahan tirai hospital itu. Ya Allah!!!
Aku terus memeluk O-o dan menangis. Kami berdua menangis dengan mendalam sekali. Allah, Aku rasakan satu rasa yang amat berat sekali bila terpandang wajah Kak Ani yang sedang bertarung nyawa. Kak Ani adalah seorang yang sangat baik dan disenangi sesiapa yang mengenalinya. Tapi ujian yang dilaluinya dan keluarganya, begitu berat dirasakan. Allahuakbar.
Aku melepaskan dakapan O-o. Namun air mata Aku masih mencurah-curah. Mungkin sebab Aku dah menganggap Kak Ani dan O-o ni macam keluarga sendiri lebih daripada sebagai pengasuh Erham.
Wajah sayu O-o yang basah dengan air mata aku pandang. Aku hanya mampu meminta agar O-o agar kuat dan tabah. Ini dugaan bukan untuk orang biasa-biasa. O-o cuba menceritakan sesuatu, namun suaranya terlalu lemah, Aku hanya mengangguk sebagai tanda Aku respon. Yang pastinya, semakin dia cuba bercerita kami berdua semakin sebak.
Akhirnya, selepasa beberapa minit Aku mohon untuk mengundur diri. Aku bersalaman dengan O-o dan terus keluar dari wad menuju ke lobi.
Kelihatan Ain dan Erham dari lif.
"Abang, Amin baru call.", suara Ain tersekat..
"Kenapa Amin call?", balasku pendek.
"Abah pengsan. Sekarang dalam ambulans ke Hospital Temerloh...", jawab Ain.
"Ya Allah!!!!"
Bersambung...つづく