Penutup Dua Dua
Fri, 30 Dec 2022


MasyaAllah. Rasanya baru lagi Aku menaip entri untuk penutup tahun 2021. Sedar tak sedar dah nak penutup tahun 2022 pula.

Tirai tahun 2022 dilabuhkan dengan dukacita apabila 2 orang daripada ahli keluarga besar Aku telah dijemput menghadap Ilahi. Allahyarham Pak Long Abu Bakar Abd Rauh pada 1 November 2022 yang lalu. Manakala yang mutakhir, iaitu pada 25 Disember yang baru ni, Allahyarhamah Mak Itam Zainab binti Othman pula telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk keduanya dan kepada mereka yang telah pergi mendahului kita.

Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun 2022 ni juga penuh dengan warna suka-duka kehidupan. Ada yang best sangat juga ada yang tak best, hehehe. Tapi yang pasti semua kembali semula kepada Allah penentu segala.

Paling penting, banyak perkara yang mesti disyukuri sebenarnya kalau kita melihat dari sudut positif. Namun perkara yang tak baik atau sedih juga wajar kita syukuri dan mengambil iktibar daripadanya.

Ok tak tau nak cerita apa lagi dah. Sebenarnya Aku tengah nak ambil mood nak siapkan kerja-kerja design yang masih banyak tertangguh ni. Apapun Aku berdoa dan berharap untuk tahun 2023 dan tahun-tahun mendatang kita semua sentiasa sihat dan dalam keadaan baik fizikal, mental, emosi, kewangan dan segala aspek kehidupan.

Demi kelangsungan hidup juga untuk kita terus bekerja dan beramal demi Rabbul Jalil, amin. InsyaAllah...

Ok..SsSaApPp!!!!
View Archives | Back to Top