Pengsan! (Part 3)
Mon, 31 Oct 2022


Aku panik. Aku segera membawa Erham keluar dari bilik rawatan. Aku minta Erham duduk di ruangan menunggu. Aku segera menelefon Epi, untuk meminta dia menjemput Erham dan membawa pulang.

Aku kembali ke bilik rawatan. Doktor dan pembantu klinik masih sibuk menjalankan prosedur dalam menstabilkan keadaan Ain. Aku terus berdoa dan berselawat. Dalam masa yang sama, terus memanggil nama Ain.

Tiba-tiba, Ain terdiam dari berselawat. Aku melihat Ain. Matanya perlahan-lahan dibuka. Ain kelihatan tenang namun sedikit bingung. Aku segera memandang kepada alat pemeriksa tekanan darah. Tekanan sudah mula meningkat. Lega bukan kepalang. Aku terus mendekati Ain yang masih terpinga-pinga apa yang berlaku.

Dalam pada itu, dua orang petugas ambulans masuk ke bilik rawatan. Seorang Melayu dan seorang lagi berbangsa Cina. Lelaki berbangsa Cina terus ke bilik doktor untuk mendengar penerangan secara terperinci berkenaan keadaan Ain.

Perbualan mereka berselang-seli dengan bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. Tenang namun jelas didengari.Setelah selesai, mereka berdua masuk ke bilik rawatan dan memberitahu bahawa Ain sudah sedia untuk menaiki ambulans untuk dibawa ke Hospital Segamat.

Epi pun dah sampai, terus membawa Erham pulang. Aku terus berjumpa doktor yang merawat Ain, namanya Dr. Chu. Aku mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepadanya. Tanpa usaha dan tindakan segera beliau dan pembantunya, tak tahulah apa yang akan terjadi pada Ain.

Dr. Chu yang bertugas sebagai doktor locum pada waktu itu juga adalah salah seorang H.O.D di Hospital Segamat. Lelaki berbangsa Cina yang berjumpa dengannya juga adalah salah seorang Medical Officer (M.O) di Hospital Segamat yang juga merupakan adik sepupu kepada Dr.Chu.

Tak hairanlah jika cara dan perwatakannya sangat profesional dan penuh dedikasi. Terima kasih Dr. Chu, petugas-petugas di Klinik Narisa dan team ambulans Hospital Segamat!

Setelah membayar bil. Aku terus ke kereta dan mula mengikuti ambulans membawa Ain yang telah bergerak terlebih dahulu.

Bersambung...つづく
View Archives | Back to Top