Isnin - 19 September 2022...
Malam tu selepas solat maghrib Ain mengadu tangan dan badannya mula naik ruam dan gatal-gatal. Pada mulanya Aku dan Ain menyangka mungkin disebabkan alahan biasa. Ain terus ke bilik mandi untuk mandi dengan air dettol.
Namun begitu, keadaan semakin teruk. Gatal dan ruam. Ain menunjukkan jari-jarinya yang mula membengkak. Allah! Kemudian Ain mengatakan yang dia mula sesak nafas! "Bawa Ain ke klinik..." getus Ain. Aku blurr sekejap. Kenapa lain macam ni? Tanpa berlengah Aku terus menukar pakaian dan mencapai kunci kereta sambil memapah Ain ke kereta diikuti Erham yang juga seakan terkejut dengan apa yang sedang berlaku.
Pada mulanya Ain mencadangkan untuk ke Klinik Utama, namun naluri Aku segera mengarahkan untuk ke Klinik Narisa. Syukur kali ni
instinct Aku tepat. Tak ramai orang di sana. Selesai pendaftaran Aku duduk di sebelah Ain di kerusi betul-betul depan bilik doktor.
"Ain rasa nak pitam ni.." ujar Ain. Kemudian Ain terus terdiam. Sambil matanya terbuka luas. Ain kaku. Aku memanggil Ain berulang kali sehingga semua yang ada di klini terdiam. Ain tiada respon!
"Ain! Ain!.." suara Aku semakin meninggi. Ketika itu beberapa orang yang ada mula mendekati kami. Ain seolah-olah pengsan dalam keadaan duduk.
Ketika itu pintu bilik doktor terbuka, seorang pesakit yang baru selesai berjumpa doktor keluar. Melihat keadaan Aku dan Ain, pesakit itu segera memanggil doktor untuk melihat Ain. Seorang akak yang sedang menunggu giliran juga turut meminta doktor bertugas untuk keluar dan merawat Ain terlebih dahulu.
Dengan pantas seorang doktor wanita keluar dan membantu Aku memapah Ain yang tidak sedar ke bilik rawatan bersebelahan bilik doktor.
Ketika itu Ain mula bersuara dengan mata terpejam. Ain tidak putus berselawat ke atas nabi, namun masih tidak memberi respon pada panggilan daripada Aku dan doktor.
Sebaik Ain dibaringkan doktor mengarahkan pembantu klinik memasang drip dan menyediakan kelengkapan perubatan yang diperlukan. Aku terus
brief doktor berkenaan Ain.
Selepas mendengar penerangan Aku, doktor tersebut terus menjawab ringkas "Ini
Anaphylactic Shock"...
Aku tergamam....
Bersambung...つづく