Kena jugak akhirnya...
Thu, 28 Jul 2022


Ok tengok gambar pun dah tahu. Akhirnya Aku dan Ain dah tewas juga. Masuk jugak nama dalam list dan statistik pesakit COVID-19!

Allah, memang tak sangka. Bak kata orang, buatlah macam mana pun, elaklah macam mana pun, bila dah nak kena dengan izin Allah pasti kena.

Lain macam penangan COVID-19 ni. Walaupun ada setengah orang simpton dia ringan atau hampir tak ada simptom langsung walau pun positif, tapi untuk Aku dan Ain, kami memang "flat" terus bak kata orang putih.

Kuarantin seminggu yang dikenakan tu sememangnya kuarantin betul untuk kami. Memang tak boleh bangun bai! Demam, selsema, batuk, sakit tekak tu memang kenalah. Tapi yang tak boleh tahan tu, sakit tu tangkap bahagian belakang dan pinggang. Allahuakbar.

Part ni memang sakit yang betul-betul sakit. Nak tidur pun susah.

Itulah seminggu kami bersama COVID-19. Tapi Aku dan Ain tetap bersyukur sebab Erham tak kena. Kalau kena pun tak lama. Sebab Erham cuma demam atau "flat" sehari aje. Lepas tu dia dah ok dan ON balik, hehe. Tak macam Abah dan Mama dia, sejak 2 Julai sampailah lepas Raya Haji.

Sayu aje dengar takbir raya dari tingkap bilik. Nak pergi solat tak boleh apatah lagi nak beraya atau pun nak tolong aktiviti korban. Redha ajelah.

Ok lah, tu aje nak cerita. Apa yang penting sekarang kami dah sihat semula, Alhamdulillah.
Jaga diri semua ya. Betul la bak kata netizen COVID is REAL guys!
View Archives | Back to Top