Dah masuk pertengahan bulan Mac. Sepanjang Februari lepas tak sempat pula nak buat entri baru.
Idea dan mood sentiasa ada cuma, kekangan masa. Apapun, syukur Alhamdulillah. Selesai 2 projek pemasangan signboard untuk Pakar Mata Yusof (Yusof Eye Specialist Sdn Bhd), cawangan Bentong pada Disember lepas dan cawangan Bahau pada awal Februari lalu.
Pengalaman yang menarik, mencabar, dan semestinya memenatkan, ehehe. Tapi macam tulah lumrah nak cari rezeki. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya. Betul tak?
Mengimbau kembali perihal ni, misi utama Aku adalah untuk memastikan team installer ni pasang semua 25 signboard ni di tempat yang telah di tetapkan.
Apa? 25 signboard? Iya! 25 untuk setiap cawangan, Bentong dan Bahau.
Cuma masa tengah menyelia dan memantau, teringat pula pengalaman sekitar 2011 di Cyberjaya, yang mana masa tu first time Aku terlibat dengan kerja-kerja sebegini. Masa tu pasang banner dan banting untuk satu promosi servis internet, yang mana company tempat Aku kerja adalah penyedia perkhidmatan (service provider) untuk servis ini. Sekarang company tu pun dah jadi sejarah. Heheh.
Jiwa pun masin bujang dan muda, memang seronok tapi dalam pada seronok tak lama lepas tu Aku kena Denggi! Allah, satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.
Syukurlah kali ni tak berlaku perkara yang tak diingini macam Denggi tu. Tapi nak dijadikan cerita, tak lama lepas pemasangan untuk cawangan Bahau, Erham pula kena
chicken pox! Masa tu kami sekeluarga baru sampai di Maran, rumah mertua Aku.
Terpaksalah bergegas semula balik ke Segamat kerana takut menjangkiti sepupu-sepupunya yang
lebih kurang sebaya dengan Erham.
Aku dengan Ainshah bergilir-gilir bercuti untuk menjaga Erham. Maklumlah, kalau sakit macam ni tak boleh nak hantar ke rumah pengasuh. Syukurlah masa entri ni ditaip, Erham dah kembali sihat seperti sediakala.