Hari terakhir 2021. Hari gelap. Hujan. Sejuk. Suram.
Setahun yang lalu kita semua berharap 2021 akan ada sinar baru, harapan baru. Tapi dugaan dan ujian tidak terhenti setakat 2020.
2021 masih dengan Covid-19, cabaran ekonomi dan terkini. BANJIR! Oh ya, tak lupa dengan masalah atasan negara. Haru biru!
Pada ketika ini, melayari media sosial tidak seseronok sebelum ini. Lebih banyak duka lara yang terpapar. Derita teserlah. Dan paling
menyakitkan bila banyak KEBENARAN yang semakin tersingkap!
Ada yang kata ini dugaan. Ada yang rasa ni bala. Ada jugak yang kata ni dajjal!
Semua orang boleh kata, semua orang boleh rasa. Tapi kita tetap kita. Kitalah nilai sendiri, kitalah hakimi diri.
Sebab akhirnya, kita tak ditanya apa salah dia? Apa noda mereka?
Tapi kita akan ditanya tentang kita sendiri oleh-Nya.
Semoga dugaan dan cabaran ini segera berakhir. Kita semua boleh bangkit semula. InsyaAlllah! Allahuakbar!