Ooo macam tu...
Sun, 28 Nov 2021


Dalam entri sebelum ni, Aku ada sebutkan yang Aku telah bekerja di Segamat Central (Hektar Property Sdn Bhd) selama beberapa bulan sejak Mac sehingga Oktober lepas. Ada yang terkejut dan tak sangka. Ada juga yang tanya macam-macam, Kenapa? Bagaimana? Dan sebagainya.

Ok, senang kata ini semua ketentuan Allah. Kita merancang dan Dia jua penentu segala.

Dalam erti kata lain, rezeki. Ya, rezeki. Bila mana pada awal tahun 2021 lepas, kita semua sekali lagi diPKPkan semula. Cuma nama atau brand aje bertukar.

Tapi kesan dan akibatnya masih sama bahkan lebih teruk, terutamanya pada "orang meniaga" macam Aku dan mereka yang lain.

Pada ketika itulah segalanya bermula dan berjalan tanpa diduga. Bermula daripada panggilan telefon dari Kak Lisa, Centre Manager seterusnya hingga ke interview fizikal dan online.

Maka pada 22 Mac 2021 bermulalah hidup Aku sebagai orang bekerjaya semula sebagai Leasing Executive.

Aku agak gementar jugak pada mulanya, namun selepas menetapkan hala tuju dan mind set baru, Aku tekad untuk buat yang terbaik. Ini ditambah keadaan ketika itu yang sangat perit bagi orang bisnes, Aku gagahkan diri untuk menyahut cabaran baru ini.

Macam tu lah ceritanya. Aku bekerja di sana sehingga 10 Oktober 2021. Lepas tu Aku kembali semula ke EV MEDIA macam dulu-dulu, dan kembali buat kerja yang macam dulu-dulu jugak.

Ok done cerita. Ok tu aje.
View Archives | Back to Top