Ok, Alhamdulillah.
Selepas 6 bulan
register, beberapa kali
uninstall dan
reinstall MySejahtera, tanya sana-sini, call sana-sini, dengan izin-Nya, akhirnya dapat juga dose pertama Sinovac pada Jumaat, 13 Ogos yang lepas.
Paling penting, dapat pun kat Segamat aje. Tak perlulah nak rentas daerah, negeri bagai.
Nak cerita pengalaman pun, rasanya anda yang dah vaksin dah tau macam mana
flow dan perjalanan prosesnya. Tak banyak beza kot.
Tapi secara peribadi, Aku sangat bersyukur sebab setelah sekian lama, dapat juga panggilan untuk dos pertama ni. Selain tu, proses yang lancar dan mudah juga turut membuat Aku dua kali gembira.
Walaupun di PPV tempat Aku cucuk ni, memang tersangatlah ramai, tapi kegigihan dan kesabaran para
frontliner wajar dipuji. Daripada abang Polis, RELA, Pegawai Perubatan, "Misi-misi" sehinggalah ke sukarelawan, Aku memang bagi
A+.
Oh tak lupa juga pada warga Segamat yang sangat berdisiplin, mematuhi arahan serta bersabar. Ini gabungan penting dalam menjayakan kelancaran proses suntikan vaksin ni.
Ni Aku cerita kat PPV Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat ya. Tempat lain
idok le koi tau, hehehe.
Apapun, Aku doakan pada yang belum dapat dos pertama agar dipermudah dan dipercepatkan panggilan. Bagi yang tengah tunggu dos kedua pula agar sentiasa peka, jangan sampai terlepas tarikh ok! Semoga pandemik ni segera berkahir dengan doa dan usaha kita semua, insyaAllah. Sama-samalah kita jaga diri dan komuniti kita.
#GengSinovac