Siapa Rdija Ayop dan Malies Rahman ni?
Ok mereka bukanlah artis, tapi bagi Aku mereka adalah "
Influencer" tempatan yang Aku rasakan mampu membantu dalam usaha Aku mengenalkan
Dendeng Mak Ngah kepada orang Segamat khususnya.
Rdija Ayop merupakan
founder Rdija Signature dan Malies Rahman pula merupakan
founder Malies Rahman Creation.
Kedua-duanya terlibat dalam dunia keusahawanan dan perniagaan yang mana telah mencetus fenomena dan mempunyai
follower sendiri terutamanya dalam industri busana dan fesyen.
Seperti yang pernah Aku sebutkan dalam entri sebelum ni, Aku dan Ain dah menyiapkan set
tester, iaitu
Set Pulut Kuning Dendeng dan
Set Nasi Kuning Dendeng untuk mereka berdua rasai dan nikmati dengan harapan mendapat feedback yang baik. Masa tu, Tuhan aje tau betapa berdebarnya hati ni.
Maklumlah,
first time minta review daripada orang lain. Sambil dalam hati tak putus berdoa, supaya janganlah berlaku perkara-perkara yang tak diingini.
Ok diringkaskan cerita, apa yang berlaku di luar jangkaan. Maksud Aku, walaupun Aku sekadar "minta tolong" aje, tapi apa yang kedua-dua mereka buat selepas itu sangatlah bermakna dan membuatkan Aku dan Ain terharu.
Ditambah selepas mereka merasa set
tester tersebut, kedua-duanya terus whatsapp Aku menyatakan bahawa "
Memang sedap dan terbaik!". Allah! Syukur alhamdulillah.
Ok anda boleh tengok review kedua-duanya di link di bawah:
+ Review Rdija Ayop
+ Review Malies Rahman
Terima kasih Rdija Ayop dan Malies Rahman!
P/s: Terima kasih kerana sudi buat review tak berbayar. :)