Boleh C.O.D? (Part 4)
Sun, 6 Sep 2020


Siap aje website dan Facebook page, baru Aku teringat yang mana content dan gambar semua masih BELUM ADA! Allahuakbar, planning macam-macam tapi content masih zero.

Dengan pantas Aku dan Ain discuss tentangproduk utama dan pakej yang akan kami tawarkan. Termasuk juga macam mana nak war-warkan pada umum tentang Dendeng Mak Ngah sama ada secara online dan offline.

Selesai membuat keputusan, masa untuk photo shoot produk kami. Ini antara pengalaman yang sangat menarik bagi Aku dan Ain, bahkan tidak keterlaluan dikatakan bahawa ini adalah sweetest moment bagi kami sewaktu permulaan DMN ni. Walaupun dengan kamera fon dan props yang ala kadar sahaja, namun kepuasannya tak terkata, chewah!

(Gambar di atas adalah salah satu gambar yang diambil masa sesi photo shoot hari tu.)

Ok diringkas cerita, semua berjalan lancar dalam masa 2-3 hari. Dengan ini Facebook Page dan website rasmi telah ONLINE secara rasminya. Perkara pertama yang dilakukan adalah membuat FB Ads and so on... Nak cerita lebih pun, Aku ni bukanlah sepakar mana macam dia tu..tu...dan tu. Sekadar seadanya, hehehe. DONE. Alhamdulillah

Ok, ni part paling Aku nerves. Apa itu? Buat sale ke?

Bukan...Tapi ni penting jugak ni....

Eh, ada hal pulak, maaf. Nanti Aku sambung ya.

Bersambung lagi...
View Archives | Back to Top