Boleh C.O.D? (Part 3)
Tue, 28 Jul 2020


Secara jujurnya Aku nervous dan risau masa baru nak mulakan "Projek Dendeng" ni. Walaupun Ain bersetuju untuk turut sama membantu, tapi jauh di sudut hati memang tak dapat lari daripada merasai pelbagai perasaan yang bercampur baur.

Strategi dan perancangan terus diatur. Aku bersyukur sangat kerana Ain begitu supportive dan sentiasa ada di sisi tanpa berbelah bahagi.

Perbincangan pertama kami berlangsung. Kami sepakat memilih nama Dendeng Mak Ngah sebagai branding kami. Siapa Mak Ngah? Nanti Aku ceritakan.

Bila dah ada nama, semangat tu jadi lain. Lebih berkobar dan yakin. Terasa bagai perjuangan ini lebih terarah dan lebih fokus. Paling utama bila terbit perasaan "kekitaan" dan "kebersamaan" dalam menjalankan bisnes.

Ok dapat rasa tak semangat tu? Kalau korang tak rasa, tak apalah, hehehe.

Ok seterusnya, lepas dah set nama, makanya Aku terus setup laman sesawang dan laman facebook. Masa tu Aku tak fikir pun nak membeli domain berbayar seperti .com atau .com.my.

Aku hanya menggunakan subdomain di Segamat.biz sahaja bagi mengoptimumkan kos. Kos yang terjimat Aku arahkan kepada bajet untuk Facebook Ads. Ini sangat penting terutamanya pada peringkat permulaan dalam usaha mengenalkan branding kepada para netizen.

Ok, setup subdomain dan facebook page selesai. Tapi gambar produk belum ada pulak. So how?

Bersambung...
View Archives | Back to Top