Sedutan Part 1
"Ain ok je kalau Abang nak buat dendeng tu, TAPI Abang nak COD ke?"
------------------------
Aku menghalakan pandangan aku ke luar tingkap kereta. Dengan tenang Aku menganggukkan kepala. Tanda aku setuju dan yakin.
Bertitik tolak daripada
moment spontan tapi penuh bermakna inilah, maka lahirnya Dendeng Mak Ngah.
Aku dan Ain terus merencanakan perancangan dari segenap aspek dan hal ehwal berkaitan.
Semua ini berlaku beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Kelihatan dan kedengaran sangat
rushing bukan? Benar sekali.
Kali ini, kami lebih bersedia dan tenang serta NEKAD berbanding sebelum ini. Kerja diatur dan dilaksanakan dengan pantas. Muafakat adalah tunjang utama. Kalau tak ada muafakat, serius tak jadi.
Aku dan Ain terus bersemangat untuk memastikan perancangan kali ini menjadi realiti. Dalam masa beberapa hari sahaja kami telah berjaya melancarkan Facebook Page dan laman web rasmi Dendeng Mak Ngah ni.
Segala keperluan sudah disediakan baik bahan mentah mahupun perkakasan. Promosi pun bermula...
Bersambung..