Birthday Erham (1 Ramadhan 1441)
Thu, 30 Apr 2020


Sejak kelahiran Erham pada 2017 yang lepas, kedatangan Ramadhan menjadi dua kali ganda meriah dan bermakna.

Untuk sambutan ulangtahun atau birthday Erham kali ni, hanya dilakukan sekadar di rumah. Sesuai dengan tuntutan keadaan dan PKP yang masih berkuatkuasa. Namun apa yang lebih bermakna adalah melihat Erham gembira dan ceria menyambut hari ulangtahunnya bersama Abah, Mama, Atuk, Nenek dan Acu.

Kek homemade hasil air tangan Mama serta pelbagai hadiah birthday memberikan reaksi yang priceless pada wajah Erham. Alhamdulillah.

Abah dan Mama mendoakan agar Muhammad Arif Erham menjadi anak yang soleh, yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin

------------------------------------------------

Daripada status Facebook Mama...

1 Ramadhan 1441, genap umur anak mama dan abah 3 Tahun... Mama dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Muhammad Arif Erham Bin.Mohd Ezral dunia dan akhirat...

Sambutan kesyukuran tahun ni sememangnya istimewa kerana Kita semua sedang diuji deNgan Pandemic Covid19 dan dalam PKP yg pertama kali dirasai oleh kita semua membuatkan mama dan abah sangat menghargai setiap detik, ruang dan masa yang masih tersisa ini...

Sepanjang 3 tahun ini, tidak ada sehari pon yang berlalu tanpa rasa sayang dan rindu pada kamu sayang, dan bila tiba 1 ramadhan, detik pertama pertemuan kita sentiasa terbayang2 dlm fikiran mama dan abah...

Sekarang kamu semakin petah berkata2...semakin panjang akal serta semakin banyak persamaan dan perbezaan wujud antara kita, namun mama dan abah sentiasa akan menjadi peminat nombor satu kamu sayang...

Mama dan abah doakan kebahagiaan ini kekal menjadi milik kita semua hingga ke syurga...aaminn

#hadiahterkumpuldaribulanmei2019
#erhamturns3
#tilljannah

View Archives | Back to Top