Disambung...
Wed, 1 Apr 2020


14 hari telah berlalu...

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) ni, boleh dikatakan setiap petang Aku akan turun ke laman rumah dan kebun belakang rumah Aku ni untuk menyapu dedaun kering untuk dibakar.

Nak buat keluar peluh dan bergerak sikit. Kalau tak asik duduk, baring, makan, tidur aje. Ni pun tak betul jugakkan. Hehehe

Syukur kerana Aku tinggal di kawasan kampung, di tanah dan rumah peninggalan arwah Mama. Kata orang, duduk kampung ni tenang sikit, ada jugak lah laman nak pijak tanah.

Ternyata aroma asap dari pembakaran daun ni, satu aroma yang sangat nostalgia sekali. Kalau korang pernah duduk kampung, korang akan faham sensasinya.

Namun begitu, setiap kali aku mengaut dedaun kering ni, menyalakan api, melihat asap berkepul-kepul dan api yang terus membara. Aku terfikir. Macam-macam jugaklah Aku fikir. Sambil melihat Erham berlari-lari dengan ranting kayu, bermain tanpa risau.

Sampai bila situasi ni akan terus berlarutan? Hanya Allah yang tahu. Beberapa hari lepas, Perdana Menteri kita, TSMY atau Ayah Din telah megumumkan bahawa RMO ini akan ditambah 2 minggu lagi. Allahuakbar! Disambung lagi..

Ini indikasi yang menyatakan yang situasi masih belum reda dan stabil. Namun Aku percaya semua orang tanpa mengira bangsa sedang terus berdoa dan berharap agar epidemik ni segera berakhir.

Bila lalui semula keadaan macam ni, teringat masa Aku kena TIBI tahun 2018 lepas. Satu kenangan yang sangat memberi pengajaran... Eh! Dah pukul 12.52 pagi... Patutlah rasa jammed aje. Dah pagi rupanya...

Ok nanti sambung, insyaAllah...hehe

P/s: Nampaknya kena sambung menyapu daun kering 14 hari lagi...
View Archives | Back to Top