Larangan...
Thu, 19 Mar 2020


Wahai rakyat Malaysia, kita semua satu bangsa, satu negara. Marilah kita sama-sama menghadapi dugaan dan ujian ini dengan ketabahan dan kebijaksanaan. Sahutlah seruan dan saranan kerajaan demi kebaikan kita semua.

Dalam keadaan sekarang, berbaloikah kita nak bercakaran? Nak menyalahkan satu sama lain?

Kita semua sedang diuji bila negara kita diuji. Mungkin kita tak ada kuasa nak buat sesuatu perubahan besar, tapi kita sentiasa ada pilihan untuk memilih - menjadi baik atau sebaliknya, mencari penyelesaian atau menambah masalah.

Ingatlah, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri.

Marilah sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga seterusnya negara. Ingat, hanya KITA yang boleh jaga KITA. Bukan orang luar, bukan orang lain. KITA

p/s: 4.28 pagi, 19/3/2020 - Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan

View Archives | Back to Top