Biasan!
Mon, 24 Feb 2020


Februari sudah mula menghampiri penghujungnya.

Terlalu pantas masa berlalu. Seakan sedar tapi alpa, leka tapi sedar. Macam tulah kehidupan. Kena move on tak kira apa jua yang berlaku.

Bila nak cerita pasal hidup, pasal life, memang terlalu banyak definisi, laluan, pengalaman yang hendak diceritakan. Kita sendiri ada masa tak terkejar dengan kepantasan masa, kesibukan hidup yang penuh dengan kejutan dan biasan. Adakan kita akan tertumpu atau tercapah. Itulah cabaran untuk kau, Aku, kita semua.

Hidup mesti dihadap dan dihadam seperti mana bila kita makan. Hadapilah hidup ini seadanya dan hadamlah apa yang diberikan kepada kita, sama ada yang baik atau sebaliknya kerana kita semua adalah milik yang Satu. Ya, Dia yang Maha Esa!

____________________

Ok itu sepatutnya intipati entri kali ini. Ringkas. Tapi...

Jam menunjukkan pukul 1.22 pagi. Aku baru selesai menyiapkan sedikit tugasan untuk esok. Dalam masa sama, reaksi di media sosial, whatsapp dan sebagainya tiada tanda untuk reda. Semakin panas mungkin. Ulasan demi ulasan, yang serius, panas, marah juga troll. Apakah ini? Adakah ini halatuju yang direncanakan selama ni? Serius weh Aku tak paham.

Ini bukan lagi Game of Throne ni, tapi dah jadi Game of Teruk.

Cuma satu yang Aku harapkan. Semoga diri, keluarga, bangsa dan negaraku yang tercinta ini terhindar daripada apa jua malapetaka dan mara bahaya. Amin.

p/s: Semua makin terbias, mencapah!
View Archives | Back to Top