Wawasan 2020?
Sun, 8 Dec 2019


Dulu masa sekolah rendah, Aku pernah buat kiraan yang mana pada tahun 2020, umur Aku adalah 39 tahun, insyaAllah.

Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, keluar masuk universiti sampai 3 kali, graduate, mula bekerja dan bertukar kerja, berkahwin dan dapat anak. Tau-tau aje, beberapa minggu lagi dah nak masuk 2020!

Pantas betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam Aku dan member sekolah berangan dan bercerita tentang perihal tahun 2020 ni. Dengan kereta terbangnya, pakaian ala-ala Space Cop Gaban atau Cyber Cop, bangunan tinggi melangit dan berteknologi tinggi, tinggal dalam kota berkubah macam dalam komik Dewata Raya! Ya itu semua impian dan wawasan 2020! Tapi betulkah?

Sebagai kanak-kanak, pada masa tu rasa tak sabar untuk sampai ke masa depan yang nampak indah lagi cool. Mesti best, syok dan teruja kan??

Namun pada hari ini. Pada realiti ini. Dengan segala apa yang berlaku di dunia nyata dan maya (media sosial), Aku cuma rasakan satu perkara.

Aku bersyukur dengan apa yang Aku ada. Tapi Aku tak teruja macam masa kanak-kanak dulu.

Aku masih berangan dan berimpian. Kehidupan hari ini. Namun masa yang lalu...Aku nak kembali ke 90-an! Tapi persoalannya, "Boleh ke?".
View Archives | Back to Top