(
...dari part 1)
Tiba-tiba muncul sebuah Hilux. Keluar 2 orang lelaki berbangsa Cina dan seorang lelaki melayu pertengahan usia. Aku kira pakcik ini yang disebut oleh askar tadi. Pakcik tersebut memperkenalkan kedua lelaki Cina tadi. Seorang muda dan seorang seakan sebaya umur pakcik itu. Ternyata lelaki yang muda itu adalah boss. Aku pun bersalaman dan berkenalan dengan mereka.
Boss yang bernama Nick itu kelihatan tenang sahaja apabila ditanya tentang kos sewaan lori berkenaan. Namun dia juga kelihatan serba salah untuk meletakkan harga. Aku yang pada mulanya sekadar mendengar dari jauh sahaja akhirnya mendekati Nick dan berbisik,
"Boss, bagi harga baik punyala...ini pun orang (askar) kita juga...". Nick mengangguk tanda faham atau setuju, kot. Entahlah. Hehe
Askar 1 : Boss, seratus boleh tak? 2 kali angkut..Kalau mahal lagi, kami tak ada duit...
Nick tidak segera menjawab. Dia memerhatikan lori yang disebutkan tadi. Kemudian dia pandang Aku.
Aku : Macam mana boss? boleh?
Nick : Ini lori tak besar. Dan sudah buruk. Nanti sekejap saya panggil saya punya driver, kasi bawak yang lagi besar. Boleh hantar satu kali. Ok boleh, seratus. Boleh tunggu sekejap?
Askar 1 : Ok boss, boleh...boleh.
Lega bukan kepalang. Dalam pada situasi yang gawat itu, persetujuan Nick seakan satu sinar baru buat skuad ini. Ketua mereka segera mengumpulkan mereka setempat untuk berbincang.
Kemudian salah seorang daripadanya mengampiri Aku.
Askar 3 : Bang, kat sini kat mana ada ATM atau bank terdekat?
Aku : Ada, dekat aje seberang jalan besar tu. Mari saya boleh hantarkan. Berapa orang nak pergi?
Setelah diberi isyarat oleh ketua mereka, 2 anggota terus ikut Aku ke rumah dan menaiki kereta. Namun sebelum itu, mereka berdua telah menanggalkan kelengkapan serta membuka sebahagian uniform. Bila Aku tanya kenapa. Dia menjawab,"
Berat bang semua tu, lagipun nanti tak nak orang salah anggap atau panik bila nampak kami nanti"
Aku memandu kedua anggota skuad tadi ke bank berkenaan. Walaupun jaraknya tak begitu jauh, namun Aku rasakan sangatlah wajib untuk Aku menolong mereka walau apa cara sekalipun.
Mereka berdua terus ke ATM untuk mengeluarkan wang. Sekumpulan lelaki yang sedang lepak minum di restoren mamak berdekatan kelihatan memandang dengan wajah pelik bila melihat kedua anggota tadi.
Selesai di situ, Aku memandu kembali mereka ke bangunan kosong tadi. Lori yang sepatutnya membawa mereka masih belum sampai.
Mereka berdua mendapatkan skuad mereka yang setia menunggu transport yang dijanjikan. Setelah berbincang, mereka berdua kembali kepada Aku.
Askar 4: Bang, sorry.. Kat sini kat mana ada kedai yang boleh kami beli makanan dan air?
Askar 3: Kalau dapat nasi lemak panas ni pun sedap jugak ni (sambil berseloroh). Eh, dak lah. Ada ka bang? Kami nak alas perut ni yang ringan-ringan pun jadila..
Aku : Ada, banyak kedai kat sini.
Askar 3 : Boleh tak kami nak minta tolong Abang sekali lagi?
Aku : Ish apa tak boleh pulak, ok jom!
Kami keluar semula. Kali ke kedai runcit berdekatan.
Sepanjang perjalanan tu, mereka berdua tak putus-putus menyatakan terima kasih dan penghagaan kepada Aku. Aku pula sebaliknya merasakan pelbagai perasaan. Saling bercampur baur antara rasa terharu, sedih, bangga bahkan tidak keterlaluan kalau Aku katakan yang waktu tu barulah Aku rasakan semangat patriotik. Betul ke ayat Aku tu?
Sepanjang perjalanan Aku rasa keliru, tapi dalam masa sama rasa bertuah sebab ditakdirkan bertemu secara LIVE dengan bakal perwira negara!
Ada masa rasa nak menangis pun ada.
Menangis kegembiraan kot, sebab tak pernah terlintas akan menghadapi situasi sebegini. Sesekali Aku turut mengucapkan penghargaan pada mereka atas apa yang mereka lalui dan korbankan
pada usia antara 21 dan 23 tahun, di saat remaja lain seusia mereka selesa dengan kehidupan masing-masing, mereka ni terpaksa menjalani latihan yang sangat getir dan mencabar atas nama Agama, Bangsa dan Negara.
Kebetulan pada ketika itu ada pihak yang dengan sengaja mengatakan pasukan keselamatan kita sebagai tahu makan dan tidur semata. Dia patut lihat macam mana keadaan mereka sebelum mengeluarkan statement sebegitu. Sememangnya pihak tersebut sangat biadap dan tooooot!!!
Sesampainya di kedai tersebut. Aku menasihatkan agar mereka berdua berada di dalam kereta, kerana masa tu terlalu ramai orang di dalam kedai. Aku menawarkan untuk membeli keperluan mereka.
Salah seorang daripada mereka menghulurkan segulung wang kertas. Aku mengambil wang tersebut tanpa banyak bicara.
Aku terus menuju ke rak roti dan mengambil 30 biji roti. Beberapa botol besar air mineral dan karbonat. Aku percaya, dalam keadaan sekarang mereka memerlukan gula kerana misi kali ini adalah misi sejauh 60km! Tentunya tenaga segera sangat diperlukan. Aku ke kaunter dan dan berbaris menunggu giliran. Selesai bayar Aku kembali ke kereta.
Aku menghulurkan barangan dan wang kepada salah seorang daripadanya.
Bila dia melihat baki. Dia terkejut.
Askar 3: Eh banyaknya baki. Roti dan air ni pun banyak ni!
Aku hanya terseyum.
Askar 4: Abang bayarkan ke? Allah, terima kasih banyak-banyak bang!
Waktu tu Aku tak dapat menahan air mata. Apabila melihat wajah diorang. Terkeluar jugak sebutir..
Aku : Tak apalah, awak simpanlah duit tu. Lepas ni korang banyak lagi misi. Lagi nak pakai duit banyak.
Apa yang saya buat ni tak ada apapun nak banding jasa anggota macam korang ni. Tolonglah terima sumbangan kecil saya ni.
Mereka berdua terdiam.
Askar 3: Baiklah bang, budi baik Abang ni kami takkan lupakan. Saya doakan Abang murah rezeki selalu, insyaAllah.
Sekembalinya kami, lori yang dimaksudkan sudah pun sampai. Kelihatan anggota skuad sedang mempersiapkan anggota skuad yang lain untuk ditempatkan dalam lori tersebut dalam posisi berbaring. Mereka berdua tadi turut bersalaman dengan Aku sebelum menaiki lori.
Aku, Nick, Pakcik dan Uncle cuma memerhati mereka. Setelah selesai penempatan anggota, 2 ketua skuad datang kepada kami. Kedua-duanya bersalaman dengan kami bahkan salah seorang mendakap Aku tanda terima kasih. Aku menyambut dakapan itu tanpa ragu. Sekali lagi air mata Aku terhambur sebiji!
Aku : Tuan, sebelum semua berangkat izinkan saya....
Aku terus memberi tabik hormat pada mereka. Mereka yang tak menyangka tindakan Aku pun dengan segera membalas tabik Aku itu dengan penuh semangat perwira!. Serius ni adalah antara moment yang tak akan Aku lupakan....
Lori pun bergerak meninggalkan kami.
Aku bersalaman dengan Nick sambil mengucapkan terima kasih. Aku sempat berbual dengan Nick dan baru Aku tau dia sebenarnya jiran Aku, selang 2 buah rumah! Hahaha
TaMMaT