Petang itu Aku sampai di rumah sekitar jam 6.30 petang. Cuaca sangat mendung bersama hujan renyai-renyai.
Aku terpaksa memberhentikan kereta di luar pagar, kerana pintu pagar tertutup sebelah. Mungkin sebab angin yang kuat, kot. Sambil membuka pintu pagar Aku mencari-cari
Nipis. Satu-satunya kucing yang tinggal selepas kematian dan kehilangan adik beradiknya yang lain, sedih!
Tiada, yang ada cuma seekor kucing jantan lain yang warna dan corak lebih kurang macam Nipis.
Ketika Aku hendak masuk semula ke kereta, Aku dihampiri oleh 2 lelaki yang lengkap beruniform askar dan bersenjata! Keduanya memberi salam dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku sedikit terpana dan terkesima.
Askar 1 : Bang, tumpang tanya. Lori tu Abang punya ke? (
sambil menunjukkan jari ke sebuah lori di seberang jalan sana)
Aku : Bukan, kenapa ya?
Askar 2 : Macam ni bang, kami tengah operasi ni, lepas tu kami sesat. Kami nak pergi checkpoint kami di (
*lokasi terpaksa dirahsiakan). Sebab kompas kami ada problem kami sampai ke mari.
Aku : Misi? Korang ni Komando ke?
Kedua-dua mereka mengangguk.
Askar 1 : Kami dari Kem (*
Rahsia).
Gulp. Terkejut dan tak sangka Aku dengan keadaan yang Aku tengah hadap ni.
Aku : Ok, berapa orang? Saya boleh hantarkan
Askar 1 : Kami ramai bang, ada 30 orang ni. Yang lain dalam nu. (
sambil menunjukkan ke arah satu bangunan yang kosong)
Askar 2 : Kami ada tanya 1 pakcik ni. Tapi tak tau dia, tak sampai lagi.
Aku minta diri sekejap untuk memasukkan kereta ke dalam garaj. Mereka berdua kembali ke bangunan kosong tu untuk mendapatkan skuad mereka. Aku terus masuk ke dalam rumah. Ain dan Erham menyambut kepulanganku. Namun Aku yang masih dalam fasa terkujat terus blurr. Ain yang pelik dengan keadaan Aku terus bertanya.
Aku menceritakan insiden tadi panjang lebar. Ain mendengar dengan penuh minat dan muka yang serius.
Ain : Abang pergilah tolong diorang. Kesian pula, nanti tak sampai on time.
Aku : Nak tolong macam mana? Diorang ramai sangat tu.
Aku terus berfikir dan
berperang dengan suasana, hinggakan ku terpaksa....eh! OK sorry. Aku keluar semula dan menuju ke bangunan kosong itu. Dalam samar-samar remang senja
Aku dapat melihat beberapa kelibat lembaga yang lengkap beruniform serta bersenjata. Ada yang sedang duduk, ada yang seakan cedera dengan kaki yang bengkak dan mengelecet teruk, bahkan ada yang terbaring.
Aku mendapatkan 2 askar yang bertemu dengan Aku awal tadi. Mereka masih belum ada penyelesaian untuk sampai ke check-point yang sepatutnya. Namun jumlah mereka yang ramai membantutkan niat Aku untuk menawarkan mereka penghantaran ke sana. Mereka saling berkomunikasi antara satu sama lain sambil Aku turut menadah hujan rintik yang mula turun.
Aku perhatikan muka setiap daripada mereka. Bermacam-macam perasaan bermain di kotak minda. Akhirnya perasaan itu lenyap apabila tiba-tiba....
(
bersambung...)