Move On - Pasca Tibi
Tue, 6 Aug 2019


Sedar tak sedar, dah dekat nak sebulan Aku dah stop medication, bebas daripada ubat Tibi. Terasa sedikit lapang terutamanya waktu sebelah pagi. Tapi ada masa terasa kurang 1 rutin pun ada. Apapun Aku bersyukur sangat-sangat selepas 9 bulan ni, berakhir sudah sesi DOTS ni.

Namun di sebalik kelegaan dan kegembiraan ini, banyak perkara yang perlu dipertimbang semula, diperbaiki dan diperhalusi. 9 bulan yang telah berlalu bukan satu jangka masa yang pendek. Bahkan setiap hari yang telah berlalu telah menjadi sejarah dan memberi kesan kepada kehidupan Aku sekeluarga.

Sama ada dari segi fizikal, mental, ekonomi dan sosial. Segalanya saling berkaitan. Namun bak kata pepatah netizen "Tak apa, fikir yang baik-baik aje.."...Life must go on, kena move on, on tak on!

Eh dah kenapa nak sentimental pulak pagi-pagi? Hehe.

Ok seperkara yang menarik semasa Aku dijangkiti Tibi hari tu ialah, selepas Aku membuat beberapa entri blog berkenaan pengalaman Tibi ni (selepas entri ke-5, kalau tak silap), Aku menerima satu pm di blog ini daripada seorang yang dikenali sebagai
Mas. Mas bertanyakan beberapa soalan berkenaan Tibi juga meminta pandangan Aku berdasarkan pengalaman yang sedang Aku lalui ketika itu.

Tak sangka pula, blog ni dijumpai oleh orang yang tak dikenali berdasarkan carian berkenaan Tibi. Biasanya yang baca dan klik link pun hanya kawan-kawan terdekat dan beberapa silent reader sahaja.

Well, tulah kuasa internet kan? Kita tak tahu apa yang orang lain cari dan jumpa. Aku juga gembira at least apa yang Aku tulis sedikit sebanyak dapat membantu orang lain, heheheh (masuk lif tekan sendiri, hehehe.)

Lepas baca pm daripada Mas tu, memberikan Aku satu semangat untuk berkongsi dan sedar ramai lagi orang di luar sana yang berisiko dijangkiti Tibi serta memerlukan bantuan dan sokongan. Menurut Mas, dia cuma di suspect Tibi sahaja pada ketika itu.

Walaupun kami saling tidak mengenali tapi ditemukan atas sebab yang sama, iaitu Tibi. Jadinya Aku pun segera membalas pm nya itu melalui emel yang ditinggalkan bersama pm.

Namun sehingga kini tiada sebarang respon yang diterima. It's ok lah. Cuma apa yang diharapkan, emel yang Aku kirim pada Mas tu sedikit sebanyak membantu sekiranya benar dia menghidap Tibi.

Kalau sekadar suspect aje, baguslah. Syukur sebab tak kena.

Untuk menutup entri kali ni, suka Aku nak ingatkan diri sendiri dan para pembaca. Ingatlah, bila batuk anda berlarutan melebihi 10 hari. Tolonglah pergi buat check-up. Biar dapat kesan awal supaya rawatan segera dapat diberikan.

Makin lama kita tangguh (macam Aku) makin lamalah kena makan ubat. Dan yang paling ditakuti Tibi ni boleh menular ke tulang, otak dan sebagainya. Nauzubillahi min zalik!

-Bekas Pesakit Tibi-
View Archives | Back to Top