Gemuk (Part 8 - Finale)
Sun, 21 Jul 2019


10 Julai 2019. Lepas sarapan di food court, Aku dan Ain terus melintas ke seberang jalan untuk menuju ke Klinik Kesihatan Jalan Muar. Di sana terletaknya Klinik Dada, di mana tempat pesakit Tibi seperti Aku kerap kunjungi.

Hari ni SN Sue tak kelihatan, yang ada cuma Doktor Yim berseorangan. Nampak sedikit kelam kabut menguruskan dokumen pesakit. Kelihatan juga beberapa Pembantu Pegawai Perubatan di situ. Namun masing-masing kelihatan "sibuk" dengan urusan sendiri di dalam bilik masing-masing disulami audio seperti di dalam wayang. Sedikit pun tidak mengendahkan Dr. Yim apatah lagi pesakit lain.

Itu adalah fenomena yang kerap Aku lihat sejak hari pertama menjejakkan kaki di Klinik Dada. Namun Aku sebagai orang awam dan pesakit, apalah yang mampu Aku lakukan selain hanya memerhati sambil menunggu giliran.

Seperti kata netizen, kita kena bersangka baik. Mungkin itu sebahagian daripada bidang tugas mereka, kan? Aku menunggu giliran bersama beberapa orang lain ditemani Ain.

Seperti biasa, prosedur TCA (appointment) akan dimulakan dengan X-ray. Aku dan Ain terus ke bilik X-ray. Aku orang ketiga. Selesai X-ray, kelihatan Dr.Yim muncul di bilik X-ray. Aku sedikit pelik.

Rupanya beliau perlu datang untuk meniliti hasil X-ray di sini kerana berlaku kerosakan pada pencetak. Allah! Seingat Aku, sejak aku berulang alik untuk TCA ni, dah kali ketiga pencetak tersebut rosak. Well again... what to do kan?

Aku dan Ain kembali ke Klinik Dada. Giliran Aku dipanggil. Terus ke penimbang berat badan.

Doktor : Apa sudah jadi? Sekarang sudah 96 kg. Kamu tak jaga makan ke?

Aku tersengih seperti kerang bakar. (sedap pulak kalau dapat kerang bakar time ni...)

Aku : Hmm..lepas saya tukar ubat hari tu, selera saya tak boleh control Doktor.

Doktor : Tapi dalam masa dua bulan sudah naik dekat 10 kg. Tak boleh macam ini.

Aku : Tapi Doktor cakap, kalau berat bertambah itu maksudnya kuman Tibi dah semakin berkurang.

Doktor : Krik..krik *sambil meneliti beberapa dokumen.

Aku hanya menunggu kata-kata seterusnya daripada Dr.Yim. Nerves pun ada.

Doktor : Tadi saya sudah tengok X-ray kamu, sudah clear. Ujian kahak kamu pun negatif macam sebelum ini. So, saya sudah boleh stopkan ubat kamu.

Aku : Oh terima kasih Doktor. Terima kasih.

Doktor : Sama-sama.

Akhirnya. Selepas 9 bulan yang penuh dugaan, ujian, cabaran dan ubatan. Kini Aku tidak perlu lagi makan ubat TIBI. Alhamdulillah.

Doktor : Tapi...lepas 3 bulan kamu perlu datang semula.

Aku : Haaa? Kenapa Doktor?

Doktor : Untuk follow up. Ini bagi melihat sama ada berlaku jangkitan semula atau tidak. Kemudian 6 bulan lagi datang balik, seterusnya setahun. Secara berkala.

Hampir terencet kegembiraan Aku tadi. Hehe. Setelah selesai segala urusan penerangan dan dokumen, Aku pun meminta diri dan bersalaman dengan Dr. Yim tanda penghargaan.

Malangnya tak sempat nak ambil gambar kerana terlalu teruja juga kerana menghormati arahan Pengarah Hospital - Tidak dibernarkan mengambil foto atau video di premis kesihatan awam.


Aku mendapatkan Ain yang menunggu di ruang luar Klinik Dada. Dia senyum, Aku pun senyum. Terima kasih kerana sama-sama datang pada TCA kali ini.

Memandangkan Ain telah mengambil cuti pada tarikh tersebut, dan seperti yang kami rancang. It's movie time! Far From Home jom!

Alhamdulillah...

View Archives | Back to Top