Ramadhan (Part 6)
Fri, 17 May 2019



Bulan Ramadhan dah masuk hari ke-12. Alhamdulillah, bulan penuh rahmah, barakah dan maghfirah. Sememangnya bulan yang tenang dan indah. Damai.

********************

Selepas meletakkan kereta di tempat sepatutnya, Aku terus melangkah. Dengan doa, dengan harapan moga ini adalah temujanji Tibi yang terakhir. Dengan kata lain, lepas ni no more TCA, no more meds. Cewah, speaking pulak. Hehehe

Langkah demi langkah. Aku pun masuk ke Klinik Dada. Terus duduk di tempat menunggu. Seketika kemudian, kelihatan Dr. Yim. Beliau adalah doktor yang bertanggungjawab memeriksa dan menyelia semua pesakit Tibi termasuk Aku di klinik ini.

Aku menyapanya dengan ucapan "selamat pagi". Beliau menjawab sambil tersenyum dan terus ke biliknya. Seketika kemudian muncul SN Sue, sambil menghulurkan borang X-ray. Aku yang sedia faham, terus mencapai borang tersebut dan beredar menuju ke bilik X-ray.

Sepanjang aku bergelar pesakit Tibi ni, X-ray adalah rutin yang perlu dijalani setiap kali ada check-up. Doktor akan melihat perkembangan kuman Tibi melalui rajah X-ray ini. Adakah semakin berkurang atau bertambah.

Syukurlah Aku orang pertama yang sampai ke bilik X-ray. Jam menunjukkan 8.10 pagi. Namun kegembiraan Aku sedikit terencat apabila staff di sana menyatakan, mesin X-ray baru di ON dan perlukan masa untuk "panas". "8.30 baru boleh mula" katanya. Aku redho ajelah.

Sambil tunggu, boleh layan game 3-4 round. Heheh.

Selesai jalani X-ray, Aku kembali ke Klinik Dada. Dr. Yim dan SN Sue dah sedia menanti. Kedua-duanya sibuk meneliti borang dan rekod berkaitan pesakit. Aku dipersilakan duduk sambil Dr.Yim terus meletakkan 2 rajah X-ray yang tertera nama Aku pada light board.

Beliau menerangkan perbandingan kedua-duanya. "Kawasan yang ada kuman sudah semakin berkurang", ujar Dr.Yim. Aku terus mendengar penerangan beliau.

Aku juga ditanya beberapa soalan rutin berkenaan keadaan kesihatan termasuk selera makan. Setelah itu Aku diminta untuk menimbang berat. "Wah, dah 90. Bulan lepas 87". kata Dr.Yim. Aku hanya mampu tersengih.

Setelah selesai semuanya, "Saya akan teruskan ubat kamu sehingga bulan 7", ujar Dr.Yim. Aku sedikit terkejut. Alamak! Hancur harapan, hehehe. "Saya kena genapkan jadi 9 bulan sebab sekarang dah bulan ketujuh. Ini prosedur, dan harap kamu faham", tambah beliau. Aku hanya mengagguk.

Lepas Aku ambil ubat di farmasi, aku kembali ke kereta. Termenung sejenak. Frust tu frust jugaklah, ingatkan mula puasa ni dah tak perlu makan ubat tapi nak buat macam mana.

Bila difikir-fikirkan balik, takpelah. Lagipun untuk kepentingan dan kebaikan Aku jugak. Kan? Bila difikir-fikirkan lagi, hmmm. Alah! Malas la nak fikir lagi! Buat apa stop ubat kalau doktor masih suruh teruskan. (Macam pelik aje ayat ni, hahaha).

Baik fikir nak pasal berbuka petang nanti. Biasanya Aku suka berbuka dengan yang manis-manis. Apa tu yang manis-manis? Hehehe. Of course la nak berbuka dengan zaujati Ainshah! Ok bye!
View Archives | Back to Top