Masih Makan Ubat (Part 5)
Tue, 22 Apr 2019
Doktor : Ujian kahak kamu, sudah negatif untuk ketiga-tiga sampel.

Aku : Yeke Doktor? *Sambil tersenyum dan bersyukur

Doktor : Betul. Ini perkembangan yang bagus. Lagipun saya nampak kamu sudah semakin sihat berbanding sebelum ini.

Aku hanya tersenyum dengan perasaan yang gembira dan syukur yang teramat sangat. Mana tidaknya, setelah 6 bulan Aku menghidap Tibi, ini adalah antara berita yang menggembirakan! Walaupun ketika temujanji bulan lepas, Doktor telah memberitahu 2 daripada 3 sample kahak Aku menunjukkan tanda negatif, namun ketika itu Aku masih risau kerana Aku masih berasa kurang sihat lagi.



Setelah memeriksa rekod dan dokumen, Doktor meminta Aku untuk menimbang berat badan seterusnya beliau menunjukkan serta menerangkan tentang imej X-ray terkini keadaan dalam paru-paru Aku.

Doktor : Berat kamu pun dah bertambah. Selera makan macam mana?

Aku : Sekarang dah bagus, heheh.

Doktor : Ada batuk lagi?

Aku : Tak ada.

Doktor : Daripada imej X-ray ni, saya nampak perkembangan yang bagus juga. Kawasan putih (kuman Tibi) sudah semakin berkurang berbanding sebelum ini.

Aku : *Mendengar dengan tekun dan serius segala penerangan beliau.

Doktor : Tapi untuk ubat kamu, saya akan teruskan sehingga bulan 6. Bulan depan (Mei) saya nak tengok result ujian kahak kamu sekali lagi. Kalau negatif, selepas bulan 6 kamu dah dikira sembuh.

Aku : *Terdiam seketika sambil memandang Sue (Staff Nurse yang bertugas ketika itu)

SN Sue : Ok la tu, yang penting kuman Tibi tu betul-betul mati.

Aku : Ok Doktor. Bolehlah *sambil tersengih

Setelah selesai sesi temujanji tu, macam biasa Aku akan ke farmasi untuk mengambil ubat-ubatan. Kali ni, ubat yang diambil tidak sebesar Acurit-4 tu, lebih kecil saiz dan dosnya.

Syukur alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak bebas daripada si Tibi ni. Semoga segalanya baik-baik sahaja. Segala perkembangan yang baik ni Aku terus sampaikan pada zaujati Ain. Tanpa Ain yang sentiasa membantu dan menyokong, tak taulah ke laut mana Aku dah lepas sekarang ni.

Terkini

Dengan selera yang makin bertambah dan memuncak. Dengan perubahan 360 berbanding sebelum ni. Berat Aku yang pernah jatuh ke 79 kg sudah naik ke 89 kg! Arghh!!!

View Archives | Back to Top