Selain itu, bagi pesakit Tibi seperti Aku, juga perlu menjalani prosedur lain seperti ujian seputum (kahak), ujian darah, ujian mata serta x-ray, silih berganti dari semasa ke semasa. Memang betul-betul ujian ni.
Aku mula cuba membiasakan diri untuk ke klinik kesihatan untuk D.O.T.S ni seawal mungkin. Pergi - makan ubat - sign - done! Cumanya ada masa kalau Aku terlewat atau hari yang ada banyak appoinment bagi pesakit lain, parking tu agak sukar sedikitlah.
Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Kesannya Aku dah mula rasakan seawal hari kedua. Selera makan Aku terus merudum ke tahap yang belum pernah Aku alami sebelum ni. Hampir tiada selera makan! Perut mahu tapi tekak tidak mahu. Aku hanya makan bila tahap dah tak boleh tahan sangat. Itu pun bukan semua makanan yang Aku mampu makan. Senang kata nasi, mee atau makanan yang berat memang tidak menyelerakan Aku. Bagilah KFC, McD, Pizza atau apa sahaja. Takleh pergi bak ang! Ini berlarutan dari hari ke hari. Aku cuma makan makanan ringan seperti snek dan buah-buahan dan minum air sahaja.
Bila tak ada selera tu menyebabkan tak lalu nak makan. Bila tak makan perut pun mula kosong dan masuk angin. Akibatnya loya-loya dan muntah-muntah. Allah! Dah macam orang pregnant pula kaedahnya. Badan semakin lemah. Yang masuk terlalu sedikit, yang keluar pula banyak. Aku hilang lebih 20 kg dalam masa 2 bulan.
Gambar Hiasan
Ini tidak bagus bagi pesakit Tibi. Semakin menyusut berat badan semakin menandakan kuman Tibi sedang aktif dan berleluasa! Aku semakin risau. Apatah lagi Ain. Bermacam cara dilakukan supaya Aku boleh makan. Segala makanan kegemaran Aku sudah disediakan dan dibeli oleh Ain. Tapi Aku tak boleh nak makan. Bukan tak nak, tapi tak boleh!
Kalau pun Aku boleh, paling banyak pun 3 suap sahaja. Lepas tu Aku tak boleh dah. Tak cukup lagi, loya dan muntah pula menyusul....
(...bersambung)