Ya TIBI atau Batuk Kering.
Hari ni hari yang ke-105 Aku On-medication. Tak pernah terbayang Aku akan menghidap penyakit ni, namun segalanya ketentuan Allah jua.
Bermula pada awal September 2018 yang lalu. Aku mula batuk. Namun setelah seminggu, Aku dapati batuk yang aku hidapi kali ni, ada sedikit kelainan. Seolah-olah kering, tiada kahak atau lendir dan sekali batuk ni berlaku boleh berterusan dalam jangka masa yang lama berbanding batuk sebelum ni.
Tekak gatal namun tiada lendir. Aku pura-pura tenang, acah-acah fikir positif. Walaupun jauh di sudut hati Aku dah mula fikir macam-macam dan bukan-bukan.
Aku terus berlagak cool & steady sambil merawat sendiri batuk ni dengan membeli gula-gula "ubat batuk" dan juga ubat batuk seperti yang banyak diiklan dalam TV. Hampir semua jenama yang ada di pasaran telah Aku cuba silih berganti, namun keadaan batuk ni semakin teruk dan teruk!
Aku semakin lemah dan tak bermaya. Berat semakin susut. Selera kejap ada, kejap tiada. Atas nasihat ( dan leteran, hehe) Ain, Aku pun membuat pemeriksaan terus di Klinik Dada, KK Segamat.
Ujian Mantoux, X-ray serta ujian seputum telah mengesahkan Aku menghidap TIBI! Allah! Makanya pada 4 Oktober 2018, bermulalah episod "makan ubat" untuk Aku.
Inilah ubat-ubatan yang telah aku makan setiap hari sejak 105 hari yang lalu, anda mampu?
P/s: To be continued