Fuhh...4 bulan tak menulis, tak mengarang. Padahal, macam-macam hal yang berlaku sepanjang 4 bulan ni. Ok, Aku mulakan dengan kisah ini (rujuk tajuk).
Kisah ni berlaku beberapa minggu lepas...
Sementara menunggu Ain balik dari sekolah, Aku ambil keputusan untuk lepak di mamak aje. Boleh minum-minum sambil main game. Aku tengok jam, ada 20 minit lagi. Aku teruskan main game. Dalam pada aku ghalit main game tu, telinga aku menangkap satu suara yang sangat familiar daripada sebelah kiri aku. Suara ini jugak aku terdengar masa makan di Oldtown beberapa minggu lepas.
Aku menoleh ke kiri. Aku dapati 2 lelaki sedang minum. Seorang melayu, seorang lagi seakan "mamak". Aku terus main game sambil meneliti suara yang masih aku ingati sejak 20 tahun dulu. Hahah, jangan salah faham, bukan sebab minat atau apa sekalipun. Mungkin kerana "Auditory Pattern" dia yang unik, mungkin.
Aku tamatkan game. Tinggal 10 minit aje sebelum Ain keluar. Aku dalam dilemma, nak tegur atau tak? Dari penampilannya ternyata dia bukan calang-calang orang, tak macam aku ni, heheh.
Akhirnya, aku ambil keputusan untuk ke mejanya dan terus menyapa. Segan-segan ni cerita belakang!
Aku : Assalamualaikum, bang.
Dia : Waalaikumussalam (sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk aku duduk)
Aku : Tumpang tanya sikit. Abang dulu ada belajar di Asasi UM ke?
Dia : *Tidak segera menjawab. Kenapa? Awak siapa?
Aku : Ni Ihtisyam (bukan nama sebenar)? Kawan Yaya?
Dia: Ha betul-betul, tapi awak ?
Aku : Saya Ezral, Kolej 8. Asasi Hayat jugak, kita sama kelas.
Dia : Aku tak ingatlah, sorry.
Aku : Tak apa, Aku faham. Aku tegur ni pun sebab dah beberapa kali terserempak dengan ko. Suara ko pulak Aku cam dan ingat sampai sekarang, tak berubah langsung, hahaha (Gelak besar)
Dia : krikk...krikkk....*Sambil menghirup airnya
Aku sememangnya rasa teruja dapat berjumpa "kawan" yang dah hampir 20 tahun tak jumpa. Semestinyala Aku macam remaja excited. Bermacam soalan Aku tanyakan terutamanya dalam bab keluarga dan kerjaya. Rupanya dia sekarang salah seorang pakar bedah di Hospital Segamat. Sudah berkeluarga dan ada beberapa anak. Dia juga antara yang terlibat dengan pembedahan seluruh keluarga arwah Lin (dua pupu aku) yang terlibat dalam kemalangan maut yang baru berlaku sebelum itu.
Namun begitu, disebalik keterujaan Aku bertanyakan soalan, aku dapati hampir semua soalan dijawab dengan acuh dan tak acuh. Terutamanya selepas dia bertanyakan aku bekerja sebagai apa? Aku cuma menjawab, aku berniaga kecil-kecilan. Kawannya yang juga seorang pakar bedah kelihatan boring dan seolah-olah ingin cepat beredar.
Semakin lama, aku dapati reaksinya semakin krik-krik, sehinggalah akhirnya dia dan rakannya terus bangun dan membayar di kaunter. Hanya dia yang menghulurkan tangan untuk bersalaman, manakala kawannya langsung tidak memandang.
Aku pun terkesima dengan apa yang berlaku. Aku ke kaunter dan bayar minuman aku. Sepanjang perjalanan ke sekolah Ain. Aku berfikir. Berfikir dan terus berfikir. Bermacam-macam perkara yang keluar masuk dalam lapangan minda.
Ahh...bila difikirkan balik, lumrah dunia. Siapalah yang nak pandang orang berniaga kecil-kecilan ni kan? Hehehe.
Tapi, bila difikirkan semula. Mungkin mereka baru lepas menjalani operation/pembedahan dan letih. Sebab tu mereka macam dingin aje. Aku pulak datang timing salah. Mungkin, macam-macam kemungkinan....