Bila tiba Ramadan sudah pastinya menggamit kembali kenangan setahun yang lepas. Kenangan yang manis, indah dan ...tiada kata untuk dilafazkan betapa gembiranya dan syukurnya Aku dan Ain. Itulah dia kelahiran Muhammad Arif Erham. 27 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadan 1438H. Syukur, Ya Allah. Ya Robbul Jalil.
Untuk tahun ini, sempena birthday Erham yang PERTAMA, Aku dan Ain bercadang untuk menyambutnya lebih awal (mengikut kalendar Islam) daripada tarikh lahir sebenar. Ain adalah orang yang paling-super-excited, diikuti oleh Abahnya siapa lagi kalau bukan Aku, hehehe.
Makanya kami pun merancang untuk membuat majlis sambutan pada 16 Mei (Sehari sebelum 1 Ramadan) baru-baru ini di dua tempat atau venue. Pada sebelah siang, di TASKA di mana Erham tinggal pada waktu hari bekerja dan pada sebelah malamnya pula di surau tempat kami tinggal.
Sambutan di TASKA lebih santai dan ceria bersama guru dan pengasuh serta rakan-rakan yang lain. Sepertimana kebiasaan sambutan birthday semestinya ada kek birthday, snek, makanan dan minuman. Kami juga menyediakan cenderahati untuk para guru dan pengasuh Erham (Kebetulan hari tersebut juga merupakan Hari Guru) serta goodies bag untuk rakan-rakan yang lain.
Suasana di TASKA
Mama, Erham & Abah
Sebahagian Goodies Bag untuk warga TASKA
Setahun dah Erham. Rasa macam baru lagi menyambut kelahirannya. Ada masa Aku seakan macam tak percaya yang Aku dah ada anak! Bukan seorang tapi dua orang. Allah! Bergenang air mata bila terkenangkan abang kepada Erham, Allahyarham Muhammad Arif Iskandar. Abah dan Mama sayang korang berdua. Andai ditakdirkan Iskandar panjang umur, sekarang dah masuk 4 tahun dah....
Oh maaf, teremosi pula. Tapi apapun itulah kehidupan. Sedih atau gembira tetap kena Move on.
Pada sebelah malamnya selesai solat terawih, telah diadakan majlis ringkas doa selamat sempena ulang tahun kelahiran Erham. Selesai doa selamat, kami telah menyediakan sedikit jamuan ringan atau moreh untuk para jemaah. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah. Namun disebalik suasana yang ceria disamping menyambut kehadiran Ramadan kali ini, kami semua dikejutkan oleh Erham dengan sesuatu.
Mama, Erham & Abah
Erham sudah mula bertateh (berjalan) dengan sendirinya secara perlahan-lahan. Ya Allah! bak kata orang tua-tua, "Dah dapat kaki dah dia!"